resepi bihun sup utara

Resepi bihun sup utara perkongsian oleh Cik Puan Sarah ini cukup mudah dan ringkas. Yang paling penting, tidak perlu menggunakan banyak bahan.

Sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan. Satu keluarga pasti akan kagum dengan hasil masakan anda. Jom cuba!

Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam

RESEPI BIHUN SUP UTARA 

Bahan-bahan sup:

  • Daging/tulang (bersih & toskan)
  • Cili padi
  • 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang)
  • Halia (diketuk)
  • Sup bunjut/sup tulang
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara-cara buat sup:

1. Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan dan halia sampai wangi.

2. Kemudian, masukkan sup bunjut dan sambung tumis.

3. Tuangkan air dan terus masukkan tulang/daging. Rebus sampai empuk dan lembut.

4. Bila daging dah lembut, perasakan dengan garam dan sedikit secukup rasa.

5. Ambil daging dan potong nipis.

6. Akhir sekali, taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

resepi bihun sup utara

Bahan-bahan sambal hitam:

  • Bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Kicap
  • Sedikit air
  • Cuka
  • Cili padi (tak buang tangkai, petua tak sakit perut)

Cara buat sambal hitam:

1. Kisar semua bahan di atas sehingga lumat dan sebati. Siap.

Bahan-bahan sambal merah:

  • Cili kering (rebus dan kisar)
  • Garam
  • Gula

Cara buat sambal merah:

1. Rebus cili kering dan kisar. Kemudian, masak cili kering kisar sehingga pecah minyak.

2. Perasakan dengan garam dan gula. Siap.

Bahan-bahan hiasan:

  • Bihun (rebus dengan sedikit kunyit)
  • Hirisan daging
  • Lobak masin
  • Daun bawang/daun sup
  • Bawang goreng

Cara makan:

1. Letak bihun dalam mangkuk dan letakkan bahan-bahan hiasan lain secukupnya.

2. Tuangkan sup dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

resepi bihun sup utara

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Sarah

Baca juga: Mihun Goreng Kosong Macam Ni Pun Sedap! Tips Supaya Nampak Cantik & Berkilat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN