satar ikan

Sata atau satar ikan merupakan salah satu makanan Tradisional negeri Terengganu. Ia dihasilkan dari campuran kelapa parut, isi ikan yang ditumbuk dan beberapa bahan lain lagi.

Selepas semua bahan bercampur sebati, ia dibalut dalam daun pisang dan dibentukkan segi tiga piramid. Kemudian setiap satu akan dicucuk seperti sate dan dipanggang di atas bara api.

Bagi anda yang ingin cuba buat sendiri satar ni, saudari Sharifah Norfairuz ada kongsikan resipinya untuk dijadikan rujukan. Selamat mencuba.

Baca juga: Sedapnya Ikan Celup Tepung Ala Terengganu, Ikut Resipi Ini Memang Rangup Kruk Krak!

RESEPI SATAR IKAN HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 15 ekor ikan sardin/selayang (buang tuang)
  • 8 biji bawang merah kecil India
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 ½ inci halia
  • ½ biji kelapa parut putih
  • Cili padi secukupnya (hiris)
  • 2 biji bawang merah besar (hiris)
  • 5-7 sudu gula (boleh ubah suai ikut selera masing-masing)
  • 2-3 sudu garam (boleh ubah suai ikut cita rasa)
  • Daun pisang secukupnya (dibersihkan)
  • Lidi atau buluh kebab secukupnya

Cara penyediaan:

1. Satukan isi ikan, bawang merah India, bawang putih, buah keras dan halia. Kisar hingga hancur dan sebati. Tuang bahan kisar ke dalam besen.

2. Masukkan kelapa parut, hirisan cili padi, bawang merah. Gaul hingga sebati.

3. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. Sebatikan.

4. Ambil daun pisang dan jadikan bentuk kon. Isi adunan tadi dan cucuk pada lidi atau buluh kebab. Jika nak bungkus ala Otak-Otak pun boleh.

satar ikan

5. Bakar sata guna api perlahan selama 2-3 minit sambil dibalik-balikkan supaya tidak rentung.

6. Sedia untuk dinikmati.

satar ikan

Kredit resipi dan gambar: Sharifah Norfairuz

Baca juga: Resipi Kuih Ropa, Lempeng Berisi Inti Ikan Yang Popular Di Terengganu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN