chewy fudgy brownies

Resipi ini menghasilkan brownies yang chewy dan fudgy, dengan tekstur yang lembut di dalam dan sedikit rangup di luar. Penggunaan bahan-bahan kualiti tinggi juga memainkan peranan penting.

Ia menggunakan coklat gelap berkualiti tinggi, mentega, dan gula perang untuk memberikan rasa yang manis yang balance!

Tambahan nescafe opsional memberikan aroma kopi yang  lagi menaikkan rasa brownies yang sedap. Jadi, jom kita tengok resipi oleh Cik Puan Tahrunnisah Jali melalui laman muka buku.

Baca juga: Double Cheese Leleh, Resipi Lengkap Yang Janji Menjadi!

RESIPI CHEWY FUDGY BROWNIES

Bahan-bahan:

  • 250g coklat gelap (saya guna Beryl’s Dark Compound)
  • 120g mentega (Lurpak)
  • 140g tepung serbaguna (tepung gandum pun boleh)
  • 30g serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3 biji telur saiz A
  • 230g gula perang (gula perang gelap pun boleh)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam
  • Bancuhan 1 sudu kecil nescafe dan 2 sudu besar air panas (opsional, saya suka aroma nescafe)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan oven pada suhu 170°C selama 10-15 minit. Sapu permukaan loyang bersaiz (8×11) atau (10×10) dengan sedikit mentega dan letakkan baking paper pada loyang serta sapu dengan mentega juga.

2. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boil. Setelah mencair, masukkan mentega. Biarkan kedua-duanya larut sepenuhnya, kemudian tutup api dan sejukkan.

chewy fudgy brownies

3. Ayak tepung serbaguna, serbuk koko, dan serbuk penaik dalam satu bekas. Ketepikan.

4. Dalam bekas yang lain, pecahkan telur, masukkan gula perang, esen vanila, dan bancuhan nescafe. Kacau sehingga sebati dan gula larut menggunakan hand whisk selama kira-kira 2-3 minit.

chewy fudgy brownies

5. Tuangkan adunan coklat masakan ke dalam adunan telur dan kacau hingga sebati.

chewy fudgy brownies

6. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan kaup balik sehingga sebati.

7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Ratakan permukaan adunan.

8. Bakar adunan pada suhu 170°C selama 40-45 minit dengan api atas dan bawah atau hingga masak. Jangan bakar terlalu lama agar brownies tidak terlalu kering.

9. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan brownies dalam oven selama 10-15 minit. Kemudian, keluarkan dan potong brownies sewaktu ia masih panas.

Tip tambahan:

  • Jika ingin meletakkan almond, walnut, atau choco chip, bakar dulu almond/walnut dan campur dalam adunan.
  • Begitu juga jika ingin menambah topping almond atau walnut, bakar dulu dan kemudian taburkan atas adunan sebelum dibakar.

Sumber: Tahrunnisah Jali

Baca juga: Resipi Kerabu Ayam Goreng Ini Cukup Rasa Masam, Manis & Pedas, Sedap Ratah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN