Masakan parpu telur tidak asing lagi dalam kalangan penduduk negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.
Ia diperbuat dari kacang parpu. Namun begitu, boleh juga digantikan dengan kacang dhal, bergantung kepada cita rasa masing-masing.
Menurut empunya resipi iaitu Puan Masni Bahari, masakan ini lebih sedap jika diletakkan telur rebus atau telur pecah. Jom lihat resipi penuh di bawah!
Baca juga: Peniaga Ini Dedah Tip Masak Kuah Laksa Utara Yang Sedap, Memang Betul-Betul Umphhh!
RESIPI PARPU TELUR
Bahan-bahan:
- Kacang parpu (rendam dalam air semalaman)
- Telur (boleh rebus atau pecah)
- Santan
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam
- Serbuk perisa (jika suka)
- Ubi kentang (dibelah 4)
- Tomato (dibelah 4)
Bahan kisar:
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
Bahan tumis darat:
- Bawang besar (dihiris)
- Bawang putih (dihiris)
- Daun kari
- Cili kering (potong 2)
Cara memasak:
- Rebus kacang parpu yang telah direndam semalaman itu dalam periuk atau kuali.
- Kemudian, tuangkan bahan kisar dan juga serbuk kunyit.
- Rebus sehingga kacang parpu menjadi lembut.
- Bila sudah lembut, masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk.
- Apabila kentang sudah empuk, masukkan telur, garam, serbuk perasa dan tomato.
- Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili kering dengan sedikit minyak (ini dipanggil tumis darat).
- Bila bahan tumis darat sudah garing, tuangkan ke atas masak parpu tadi.
- Pastikan kuah mendidih sebelum ditutup api.
- Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.
Kredit resipi dan gambar: Masni Bahari
Baca juga: Resipi Nasi Daging Utara Yang Terlajak Sedap! Daging Lembut & Nasi Gebu Elok