cuka epal

Saya rasa awak kena makan cuka epal ni

Nak kurus ke? Nah makan ni

Kita mungkin pernah dengar kawan-kawan ataupun keluarga menyarankan makan cuka epal. Tapi apa sebenarnya cuka epal ini? Apa kebaikkan cuka epal? Boleh ke ambil setiap hari?

Jangan tipu, keraguan pasti menghantui kita tiap kali mereka menyarankan makan cuka epal ini.

Dalam artikel hari ini MyResipi akan berkongsi kepada pembaca kebaikkan cuka epal dari segi kebaikan pada tubuh badan dan juga kemudaratan jika ambil secara berlebihan.

Baca juga: Cara Potong Buah Delima Dengan Cepat, Nak Makan Pun Mudah!

APAKAH CUKA EPAL?

Cuka epal merupakan cuka hasil dari penapaian buah epal yang dipanggil sebagai Apfelmost. Gula akan melalui proses fermentasi atau penapaian lalu akan terus bertukar kepada asid asetik.

Masam cuka ini kerana adanya asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid).

Orang Jepun juga mempercayai pahlawan Samurai Jepun meminum cuka ini untuk meningkatkan kekuatan dan ketahan tubuh badan.

Cuka epal ini kaya dengan mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosfurus. mineral fluorin, tembaga, vitamin A, C,E B1 dan B2.

KHASIAT MAKAN CUKA EPAL

1. Mengawal paras gula dalam darah

cuka epal

Kesan baik cuka epal sangat berkait rapat dengan mereka yang menghidap diabetes tahap 2, iaitu di mana badan menghasilkan insulin tetapi tak dapat menggunakannya dengan elok. 

Diabetes tahap 2 sering kali dikaitkkan dengan faktor pemakanan dan penggunaan cuka ini dapat membantu menstabilkan paras gula dalam darah. 

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa menggunakan hanya beberapa sudu teh cuka epal dalam makanan boleh mengurangkan gula darah selepas makan dan meningkatkan respons insulin jika diambil sebelum makan.

2. Mengawal tekanan darah tinggi, strok, dan serangan jantung

cuka epal

Kalium yang berada dalamnya mempunyai kemampuan untuk menguraikan lemak dan secara tak langsung dapat mengurangkan jumlah lemak yang terdapat dalam arteri.

Kesan ini dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, strok, atau serangan jantung. 

3. Melegakan sakit tekak

Kebaikkan seterusnya adalah sebagai ubat batuk semula jadi bagi mengelakkan masalah sakit tekak dan batuk.

Kandungan antibakterial dan capsaicin membantu mengurangkan sakit.

Cara bancuhan: Campur 1/4 cawan dengan cuka epal dan 1/4 air suam. Kumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.

4. Membantu menurunkan berat badan

Untuk mengawal glukosa darah dan mengurangkan selera makan adalah bahan asid asetik didalamnya.

Secara tak langsung akan membantu kurangkan berat badan anda.

Tetapi asid esetik boleh menyebabkan sakit tekak. Anda perlu campurkan cuka ini dan sedikit air sekurangnya 250 ml untuk elak sakit tekak.

5. Melegakan sakit pedih ulu hati

Refluks asid atau sakit pedih ulu hati akan membuatkan rasa tidak selesa yang berterusan. Hal ini kerana asid dari perut terlepas dan bergerak naik ke dalam esofagus kemudian menyebabkan rasa pedih dalam dada atau tekak.

Seterusnya, dapat menolong mengubati pedih ulu hati kerana mengandungi sifat-sifat antimikrob yang boleh mencegah masalah usus tertentu yang akan menyebabkan refluks asid.

Selain itu, dapat juga membantu memudahkan makanan dicerna.

Cara membuat: Tambah 1 sudu teh madu dan 1 sudu cuka ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum 30 minit sebelum makan.

6. Menghapuskan kelemumur rambut

Kelemumur mesti akan menyebabkan orang itu berasa tak selesa dan gatal-gatal dibahagian kepala.

Banyak produk yang dijual dipasaran untuk membantu menghilangkan masalah ini namun semuanya bercampur dengan bahan kimia.

Mungkin anda boleh mencuba cara tradisional menggunakan bahan ini kerana asid yang dimilikinya akan menyebabkan kulat serta bakteria tidak akan membiak di kulit kepala.

Cara bancuhan: Campurkan 1/4 cawan cuka dengan 1/4 cawan air. Sapukan air campuran di kulit kepala dan biarkan selama 15-60 minit. Kemudian bilas air dengan air. Elok diamalkan sebanyak 2 kali seminggu untuk dapat hasil yang baik.

7. Memutihkan gigi secara semula jadi

Ia juga mempunyai sifat menghakis yang kuat untuk menghilangkan kotoran degil dan kekuningan pada gigi.

Selain itu, dapat juga membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit gusi tertentu.

Caranya: Berkumur dengan cuka pada setiap pagi.

8. Membantu merawat ketuat

Cuka ini juga membantu merawat masalah ketuat. Ketuat merupakan pertumbuhan pada kulit dan kecil disebabkan oleh virus human papilomavirus.

Caranya: Sapukan cuka tersebut pada ketuat dan tutup menggunakan plaster. Seterusnya, biarkan semalaman. Ulang langkah ini sehingga ketuat hilang. 

9. Merawat luka dan meningkatkan imun badan

Semasa perang saudara dan perang dunia pertama, cuka digunakan untuk merawat luka-luka tentera yang tercedera. 

Disamping itu, dapat juga meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuh badan kerana mengandungi asid amino, kalium dan enzium yang bantu untuk menguatkan sistem imun tubuh badan.

Sumber: eCentral

Baca juga: Makanan Selain Kerang Untuk Tambah Darah, Elak Terkena Anemia!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN