popia otak otak

Ada ibu-ibu yang suka kudapan sejuk beku sampai buat stok di rumah kerana ia mudah dimasak dan dihidangkan. Antara yang paling disukai ramai ialah Popia Otak Otak.

Otak otak merupakan salah satu hidangan yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur, terutamanya negeri Terengganu.

Ia merupakan isi ikan yang telah dikisar dan dicampurkan dengan rempah, kemudian dibakar dengan dapur arang.

Baca juga: Cara Buat Popia Sira ‘Krupp Krapp’ Rangup Sampai Petang, Ada Rahsia Penting Kena Ikut!

Paling menarik apabila terciptanya kudapan sejuk beku seperti Popia Otak Otak. Kudapan ini memang sedap dan cepat laku!

Jika anda teringin membuatnya sendiri, anda boleh mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Fiza Mh di Facebook ini.

RESIPI POPIA OTAK OTAK

popia otak otak

Bahan-bahan:

  • 20 tangkai cili kering*
  • 7 tangkai cili padi* (tambahan)
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 biji buah keras*
  • 2 batang serai*
  • 1/2 cwn santan pekat (kepala santan)
  • 2 biji telur
  • Satu cawan besar blok ikan surimi (isi ikan yang telah diasingkan tulangnya. Kalau rajin boleh buat sendiri)
  • 1 cawan tepung jagung (tambah jika perlu)
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:

1. Kisar ramuan bertanda (*) kemudian tumis hingga garing. Sesuaikan rasa pedas, masin dan manisnya. Angkat dan ketepikan dulu.

2. Sementara itu campurkan blog ikan dengan santan pekat dan telur. Kemudian kisar hingga sebati.

3. Seterusnya campurkan adunan ikan dengan ramuan tumisan dan tepung jagung kemudian gaul lagi hingga mesra keduanya.

4. Sesuaikan sekali lagi rasa pedas, masin dan manisnya kerana keseimbangan ini sangat penting bagi mendapatkan rasa enak otak-otak kita itu nanti.

5. Akhir sekali kukuskan hingga masak lebih kurang 20 minit. Sejukkan seketika kemudian barulah boleh dipotong-potong mengikut saiz otak-otak.

popia otak otak

6. Balutkan dengan kulit popia kmudian bolehlah disejuk bekukan atau terus saja digoreng. Siap!

Anda boleh jadikan Popia Otak Otak ini sebagai salah satu stok makanan sejuk beku yang sedap. Bila lapar, boleh terus goreng saja.

Selamat mencuba!

Sumber: Fiza Mh

Baca juga: Creamy Cheesy Popia Carbonara Homemade, Luar Rangup Inti Dalam Likat Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN