Mak-mak di sini ada yang masih mengekalkan cara lama? Oleh itu, anda perlu tahu tentang petua lesung batu. Orang dulu-dulu selalu gunakan petua ini supaya lesung batu tahan lama.
Lesung batu merupakan alat tumbuk yang diperbuat daripada batu, yang mana digunakan untuk menumbuk ramuan masakan.
Bagi negara-negara di Asia Tenggara, lesung batu tidaklah asing lagi bagi mereka kerana boleh dikatakan setiap dapur rumah wajib ada.
Tanpa lesung batu, dapur ibarat tidak berfungsi dengan sepenuhnya. Oleh itu, ia perlu dijaga dengan baik.
Ini antara petua yang dikongsikan oleh Zulfa’s Kitchen di Facebook yang anda boleh ikuti.
Baca juga: Tip Hilangkan Kesan Kuning Pada Lesung Batu, Guna INI Memang Jadi!
PETUA LESUNG BATU YANG TAK RAMAI TAHU
Cara guna lesung batu:
1. Bagi mengubah konsistensi bahan yang dikisar supaya lebih cair, boleh tambahkan sedikit air ke dalam bahan yang sedang dikisar.
2. Alaskan bawah lesung dengan kain yang tebal bagi mengelakkan bunyi yang kuat dan geseran di permukaan meja/lantai ketika menumbuk bahan. Kain berfungsi menyerap bunyi dan hentakan.
3. Potong bahan (seperti bawang merah, halia dan kunyit) yang perlu ditumbuk kepada bahagian yang kecil bagi mengelakannya terpelanting keluar!
4. Sebelum menggunakan batu lesung yang baru dibeli, tumbuk segenggam beras putih ke dalam lesung bagi membersihkan sebarang sisa debu dari bahan lesung itu sendiri dan bilas menggunakan air suam.
5. Gunakan saiz lesung batu yang bersesuaian dengan kapasitinya bagi mengelakkan bahan yang ditumbuk melimpah keluar.
Cara jaga lesung batu:
1. Pastikan lesung batu dibasuh bersih selepas digunakan bagi menghilangkan bau, warna dan rasa yang melekat. Untuk jenis lekatan degil, lesung boleh dibasuh dengan bahan berasid seperti limau, asam jawa.
2. Telengkupkan atau keringkan permukaan dalam lesung bagi mengelakkan air bertakung.
3. Simpan lesung batu di tempat yang bersesuaian bagi mengelakkan pertumbuhan kulat.
4. Sekali-sekala tumbuk atau lenyek garam kasar dalam lesung batu untuk meratakan permukaannya.
Dengan menggunakan petua lesung batu ini, ia akan bertahan lebih lama dan bertahun-tahun.
Sumber: Zulfa’s Kitchen
Baca juga: Petua Hilangkan Kesan Kuning Pada ‘Blender’, Segala Jenis Bau Pun Hilang!