sup cendawan

Sup cendawan memang sedap kalau dipadankan dengan roti bawang putih atau nama popularnya garlic bread. Tambahan pula, kalau lapar waktu tengah malam boleh dibuat sebagai supper kerana bahan-bahannya sangat senang.

Sesuai juga untuk mereka yang sedang hilang selera makan atau demam, memang pembuka selera yang sedap. Roti bawang putih yang rangup dicicah pula dengan sup cendawan yang lemak berkrim, memang confirm terus sihat!

Jom kita cuba resipi asli oleh Nur Sakinah yang dikongsikan oleh Zulkifli Mat menerusi laman sesawang Facebook.

Baca juga: Tips Masak Sup Telur Suhun Yang ‘Perfect’, Telur Putih Pun Tak Berterabur

RESIPI SUP CENDAWAN & ROTI GARLIC GARDENIA 

Bahan-bahan:

  • 300ml air
  • 500ml susu segar
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh daun parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar mentega
  • 1 tin cendawan butang (potong hiris atau cincang)

Cara-cara:

1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Masukkan kiub ayam.

2. Tambahkan serbuk lada hitam dan cendawan butang. Gaul rata.

3. Masukkan daun parsley, mentega, dan sedikit garam. Kacau sekali lagi.

4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian, saring dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.

5. Biarkan sup reneh sebentar sehingga sedikit pekat.

Bahan-bahan roti garlic gardenia:

  • Roti Gardenia
  • Bawang putih
  • Mentega
  • Sedikit garam (opsional)
  • Daun parsley

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih dan gaul dengan mentega.

2. Tambahkan sedikit garam dan daun parsley. Gaul sehingga sebati.

3. Sapukan campuran mentega ke atas roti Gardenia.

4. Bakar roti menggunakan api atas dan bawah dalam oven sehingga kekuningan.

sup cendawan

Selamat mencuba!

Sumber: Zulkifli Mat 

Baca juga: Mihun Goreng Kosong Macam Ni Pun Sedap! Tips Supaya Nampak Cantik & Berkilat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN