Tugas memasak akan jadi lebih mudah sekiranya semua bahan sudah tersedia di dapur. Antara petua penting yang perlu anda tahu adalah cara simpan daun pandan supaya kekal segar.
Daun pandan adalah antara bahan utama dalam masakan. Ia berbentuk panjang, kurus, tirus dan berwarna hijau. Daunnya yang masih segar mempunyai aroma manis, wangi dan kuat.
Kami yakin dalam masa seminggu pasti anda akan gunakan daun pandan sewaktu memasak. Biasanya orang akan beli seikat di kedai. Tapi belum tentu ia habis digunakan.
Baca juga: Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama & Tak Kering, Tak Perlu Rendam Air Pun
Lain pula ceritanya buat mereka yang mempunyai tanaman daun pandan kerana perlu keluar rumah untuk kerat daunnya, tapi akan jadi masalah pula bila stok jadi banyak hingga tak terpakai.
Kalau simpan macam tu saja dalam peti sejuk memang akan kering dan kecut. Akhirnya terpaksa buang begitu saja. Rugilah kalau itu terjadi bukan?
Apa kata anda cuba petua yang dikongsikan oleh DLa AMaya di Facebook ini. Daun pandan jadi tahan lama dan kekal segar. Boleh tahan sebulan jika anda ikut cara ini. Sekali gus, tak perlu beli daun pandan lagi.
CARA SIMPAN DAUN PANDAN
1. Bersihkan daun pandan.
Tak kisahlah apa jenis daun sekalipun, anda perlu membersihkannya terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan sebarang kotoran melekat padanya.
2. Potong pendek-pendek.
Kenapa perlu dipotong? Supaya ia mudah disimpan dan digunakan untuk anda memasak nanti. Kalau panjang-panjang nanti susah pula nak menyimpannya.
3. Masukkan ke dalam bekas plastik yang kedap udara (tupperware)
Bekas plastik yang kedap udara adalah barang yang wajib ada. Tak mungkinlah mak-mak tiada satu pun bekas ini di dapur bukan?
4. Simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku (freezer)
Selepas itu anda simpanlah bekas berisi daun pandan tadi dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Cara ini tak ramai yang tahu. Sekarang dah tahu, bolehlah cuba nanti!
Memang bagus tips ini. Daun pandan masih elok, sihat dan segar. Berbulan pun boleh tahan. Nak masak, tinggal ambil saja. Mudah sungguh!
Sumber: DLa AMaya
Baca juga: Petua Simpan Daun Kunyit, Daun Kesum Yang BETUL, Memang Tahan Lama Cara Ini