Penat-penat buat biskut raya, akhirnya biskut cepat lemau dan menjadi tengik. Mesti frust kan bila jadi macam ni?
Bila tersalah cara simpan, biskut akan menjadi lemau dan tidak tahan lama. Jangan risau, ada petua untuk mengelakkan masalah ini berlaku.
Jom sama-sama praktikkan 9 tips ini supaya kuih raya kekal sedap dan rangup.
Baca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!
Bagi memastikan biskut raya tahan lama, simpan dalam bekas kedap udara dan jangan dibuka terlalu kerap. Biskut menjadi lemau disebabkan udara yang masuk ke dalam bekas.
Ini merupakan petua orang tua zaman dahulu supaya biskut yang dihasilkan sedap dan rangup. Tepung dan gula perlu dijemur terlebih dahulu supaya biskut lebih ringan. Selain jemur, tepung boleh disangai di dalam kuali sebelum digunakan.
Elakkan mencampur biskur yang berlainan jenis dalam bekas yang sama. Hal ini kerana, ia akan menyebabkan biskut cepat lemau kerana setiap jenis biskut diadun dengan bahan yang berbeza.
Selepas keluarkan biskut dari oven, jangan terus disimpan ke dalam balang. Hal ini kerana wap panas akan terkumpul di dalam balang seterusya melembabkan biskut.
Pastikan bekas yang digunakan untuk menyimpan biskut benar-benar kering. Ianya untuk mengelakkan biskut cepat rosak apabila disimpan dalam keadaan lembab.
Untuk mengelakkan biskut menjadi cepat tengik dan hapak, taburkan sedikit gula ke dalam balang atau bekas yang mengandungi biskut.
Jika membuat kuih yang berminyak seperti biskut mentega atau biskut tart, pastikan setiap lapisan biskut di dalam balang dialas dengan kertas minyak. Ianya bertujuan untuk menyerap lebihan minyak dan memastikan biskut sentiasa kering.
Masukkan uncang berisi garam ke dalam biskut untuk memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh masa yang lama.
Letakkan satu atau dua sudu teh garam dalam setiap uncang, kemudian masukkan ke dalam balang. Garam berfungsi untuk menyerap kelembapan yang ada di dalam balang.
Kekacang yang tidak tidak dipanggang sebelum dimasukkan ke dalam adunan biskut akan menyebabkan biskut menjadi cepat lemau dan tengik.
Oleh itu, jika anda membuat biskut berasaskan kacang, panggang kacang terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan biskut. Elakkan juga menggoreng kacang kerana ia akan membuatkan biskut lebih berminyak.
Kredit: Rasa
Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…
Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…
Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…
Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…
Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…
Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…