Teringin nak makan Tortilla Wraps Ala Chicken Foldover McD? Jom kita buat sendiri di rumah. Dapat buat yang ala-ala pun jadilah janji boleh alas perut untuk bersahur. Hanya gunakan roti wrap Gardenia dan daging burger je.
Hidangan ini juga sesuai bagi mereka yang tengah diet. Sudah pasti resipi ini mengenyangkan anda selain dari makan buah kurma. Selain menggunakan daging patty ayam, anda juga boleh menggunakan daging patty lembu.
Baca juga: Tular ‘Hack’ Cara Wrap Tortilla, Jom Cuba Resipi ini
Musim panas ini memang kena jaga kesihatan, kalau layan perut, nak makan banyak sebab ikut nafsu tu. Ibu-ibu dirumah pula dah semakin bijak mempelbagaikan resipi. Ada je resepi baru yang nak dicuba.
Resipi tortilla wrap ala chicken foldover McD ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Mohd Afis. Rasa tak sabar pula nak cuba. Anak-anak mesti seronok dapat makan wraps ni. Jom kita lihat cara-caranya.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, buka api dapur dengan suhu sederhan dan bakar daging burger hingga masak.
2. Sediakan tortilla wraps untuk di letakkan salad. (Wraps tak perlu bakar)
3. Setelah daging masak, boleh potong kecil-kecil supaya senang nk balutnya nanti.
4. Letakkan sos-sos kegemaran. Balut tortilla wraps dengan kemas.
5. Sedia untuk dimakan!
Mudah dan ringkas! Wraps ini juga boleh dihias dengan tomato. Sebelum digulung masukkan tomato yang dah dihiris ikut banyak yang korang suka. Sos bawang putih pula bukan bahan wajib. Kalau ada lagi sedaplah rasanya.
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…