Siapa je tak suka Nasi Kerabu kan? Nasi kerabu adalah makanan yang sesuai untuk dijadikan makanan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga malam.
Nasi Kerabu didatangkan dengan nasi berwarna biru kerana ianya hasil daripada bunga kacang rama-rama yang digunakan dalam masakan. Nak lagi sedap, nasi kerabu selalunya dimakan dengan lauk pilihankegemaran anda seperti telur masin, sayur-sayuran, budu, sambal dan keropok. Nasi Kerabu juga disediakan dalam warna lain seperti kuning (kunyit) dan hijau (campuran pandan dan herba lain).
Nasi Kerabu juga adalah makanan kegemaran orang ramai dan ia datang dari Kelantan. Memang sedap sampai menjilat jari lah. Jadi kalau anda yang berada di KL dan Selangor dan mencari kedai Nasi Kerabu yang sedap, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.
Kelate Kitchen merupakan sebuah restoran yang paling popular yang pernah dibuka di Setapak, KL. Hampir setiap hari pasti akan ada orang yang menunggu dalam barisan yang panjang untuk makan tengah hari di sini. Selain daripada Nasi Kerabu mereka yang sedap, di sini juga ada menjual Nasi Kukus yang mendapat perhatian ramai juga. Dan tidak lengkap makanan anda kalau anda tak try Teh Ais Madu mereka yang kaw ni. Memang rugi kalau anda tak singgah ke sini.
Tersembunyi di antara bangunan sebenarnya ada sebuah kedai yang bernama Warung Wok yang menjual makanan Kelantan. Pemilik restoran ini berasal dari Kelantan tau haa sudah tentulah makanan Kelantan di sini dijamin ori dan sedap kan? Di sini juga ada menyediakan lauk yang boleh anda makan bersama Nasi Kerabu anda seperti ikan, daging dan ayam. Sambalnya juga memang cukup menyelerakan. Anda patut cuba makan di sini!
Jika anda sering ke Uptown Damansara, anda mungkin pernah ternampak Kopitiam halal yang dibuka 24 jam ini. Kesistimewaan kedai ini adalah mereka menghidangkan pelbagai jenis makanan Kelantan. Tapi antara makanan yang sering menjadi pilihan orang ramai semestinya lah Nasi Kerabu Ayam Percik mereka. Fuhh memang sedap tak terhingga.
Kafe di Shah Alam ini menyajikan masakan asli Kelantan. Dan dengar cerita masakan di sini dimasak oleh chef yang sangat berpengalaman tau, haa confirm la sedap makanan di sini. Antara menu popular di sini adalah Nasi Kerabu Bedo’oh iaitu makanan yang dihidangkan bersama nasi kukus kuning, lamb chop, keropok, sayur-sayuran, kuning telur masin dan budu. Wow menarik kan?
Bagi mereka yang tinggal di KL dan mengidamkan Nasi Kerabu pada pukul 3 pagi, Patatimo adalah tempat yang boleh anda kunjungi. Restoran ini dibuka sehingga 5 pagi dan Nasi Kerabu mereka dilengkapi dengan ayam goreng fresh dimasak.
Bagi mereka yang tinggal di Shah Alam, anda boleh mendapatkan Nasi Kerabu yang sedap dan murah di sini. Nasi Kerabu Biasa (tanpa daging) mereka hanya lah berharga RM3.50,dan kalau anda tambah ayam atau daging, satu pinggan Nasi Kerabu hanyalah berharga RM7.50. Murah sangat kan? Memang tak peliklah kenapa orang ramai sanggup beratur panjang di kedai ini. Dah la sedap murah pula tu!
Haa menarik kan senarai kedai Nasi Kerabu di atas? Lepas ni jika anda teringinkan Nasi Kerabu dah tak perlu susah-susah cari kedai yang jauh! Selamat mencuba.
Sumber: funntaste.com
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…