Categories: Tips & Petua

6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari

Kadang-kadang bila terlupa simpan lebihan nasi dalam peti sejuk, bangun pagi tengok-tengok nasi dah basi! Padahal baru dimasak tengahari semalam, tak sampai satu hari lagi pun. Adakah cara masak nasi yang salah?

Selepas ini bila nak masak nasi, jom praktikkan 6 petua yang dijamin dapat mengatasi masalah tersebut. Nasi akan jadi lambat basi dan tahan 2 hari kalau ‘terlupa’ simpan dalam peti.

Baca juga: Tips Masak Beras Basmathi Yang Lembut & Peroi, Nisbah Sukatan Air Sangat Penting!

6 CARA MASAK NASI SUPAYA TAK CEPAT BASI

1. Basuh beras sehingga bersih

Ada yang berpesan elakkan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia berpotensi menjadikan nasi yang dimasak menjadi cepat basi. Sebaiknya, apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.

Anda juga boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air yang bertapis.

2. Periuk dicuci dengan bersih

Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi periuk dan juga kualiti nasi anda. Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.

3. Jus limau nipis

Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini. Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.

4. Lap wap nasi selepas dimasak

Apabila nasi dimasak dengan periuk nasi elektrik, buka penutup periuk. Gemburkan nasi supaya ia masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih. Ia akan menjadikan nasi tahan lama, lembut dan berderai dengan elok.

5. Tambahkan garam

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama. Malah ia juga menjadikan nasi menjadi lebih sedap dan kenyal.

6. Panaskan periuk nasi atas dapur

Jika anda terlupa dan nasi basi di dalam periuk, lakukan cara ini. Telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.

Petua ini adalah perkongsian dari Puan Suaida Salehudin. Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Rencah Rasa

Baca juga: Petua Halau Kutu Dalam Beras Hanya Guna ‘Bawang Putih’, Satu Pun Tak Tinggal

Wan N

Recent Posts

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

1 hour ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

2 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

3 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

3 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

3 hours ago

Bosan Sarapan Roti Biasa? Cuba Resipi Roti Sardin Guna Sourdough, Tambah Keju Mozzarella!

Resepi roti sardin ini boleh menjadi pilihan menarik untuk sarapan pagi, terutamanya bagi yang inginkan…

4 hours ago