PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-09-10 04:02:10
Nak buat kek memang bukan mudah. Dah tentu kali pertama tu ada je yang tak kena. Mungkin tak cukup rasa atau texture tak betul. Salah satu masalah yang juga kerap berlaku ialah kek tak mengembang. So macam mana nak solve masalah ni? Jom, kita cari solution!
Memang bahan ada pelbagai jenis dan mudah dicari. Tapi kena make sure kita beli apa yang diminta oleh resipi sedia ada. Kalau kita sesuka hati ubah bahan yang ditetapkan, mungkin kek korang takkan kembang. Sebagai contoh adalah penggunaan tepung. Tepung ada banyak jenis dan kalau korang tukar jenis tepung daripada tepung yang telah ditetapkan, kemungkinan hasilnya juga akan berubah.
Selain bahan tu sesuai ke tak, point yang penting juga ialah sama ada bahan itu segar atau tidak. Kalau guna bahan lama, mungkin performance bahan tu kurang. Korang kena check dulu bahan sebelum start buat kek. Nanti kang final product mengecewakan, sia-sia je usaha korang.
Seterusnya, suhu bahan-bahan korang juga main peranan penting. Sebelum start apa-apa, keluarkan dulu semua bahan yang patut dari peti ais dan biarkan atas meja. Elak gunakan bahan macam telur dan mentega betul-betul lepas keluar dari peti ais. Ini akan effect final product korang.
Sekali lagi pasal bahan (banyak pulak kan), satu lagi aspek yang perlu dijaga ialah sukatan. Tak boleh kurang dan tak boleh lebih. Apabila dah cedok tepung tu, buang lebihan di atas sebab tu dah menjadi lebihan. Ingat ye, tak boleh kurang atau lebih!
Biasanya kalau rujuk resipi, details-details kecil macam masa mengaduk dah ditulis. So pastikan korang ikut arahan tu. Kalau terlalu lama mengaduk, mixture korang akan jadi terlalu cair. Dia tak boleh terlalu cair. Dia ada texture yang tertentu yang orang kata "just right". Selain itu, masa korang mengaduk, mula dari paras rendah dan kemudian naik ke atas. Tujuannya adalah untuk ratakan mixture.
So itu lah dia sedikit sebanyak nasihat untuk korang buat kek mengembang dengan berjayanya. Andai kata tak berhasil? Tak apa, teruskan mencuba. Kita takkan berjaya tanpa gagal terlebih dahulu. Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Resipi daging enoki roll ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu…
Resepi bihun goreng putih ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi rasanya sangat sedap hingga boleh makan…
Sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak kongsikan cara…
Resepi perapan ayam bakar ini khas untuk anda yang mencari resipi ayam bakar yang sedap.…
Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya,…
Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek…