Categories: ResepiTips & Petua

Masak Sambal Tumis Dengan Lebih Sedap

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-09-11 09:09:25

Sambal tumis merupakan masakan ikonik di mata dan hati rakyat Malaysia. Hidangan yang sesuai dimasak dengan macam-macam jenis bahan seperti ikan, daging, ayam dan banyak lagi. Walaupun masakan ini dah cukup sempurna dengan caranya sendiri, masih ada di antara pihak kita yang tercari-cari kaedah untuk menyedapkan lagi sambal tumis yang dah cukup ikonik. Mungkin pada lidah sesetengah orang, hidang ini belum lagi sampai kemuncaknya. So jom kita terokai caranya:

1. Sambal Tumis Bilis

Photo Credit: cookpad.com

  • Masa tengah masak sambal bilis, masukkan ikan bilis waktu mengisar cili. Ia akan menambah perisa pada sambal korang.
  • Also kena take note, bila korang nak tambah ikan bilis, dah tak perlu masukkan garam sebab bilis dah cukup rasa masin. Tambah lepas dah siap kalau masih tak cukup rasa.

2. Sambal Tumis Sotong

Photo Credit: kuali.com

  • Kalau nak dapat sambal sotong yang sedap, kena elak menggunakan sotong berair yang akan mencemarkan sambal.
  • Caranya mudah je. Lepas basuh sotong tu, perap sotong dengan garam. Masa masak, rasa dulu kuah tu sikit so rasa masin tu tak berlebihan.
  • Sotong tak perlu dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam sambal. Masa masak sambal tu, masukkan sotong dulu. Bagi kecut dulu baru masukkan air asam jawa.

3. Sambal Tumis Udang

Photo Credit: kongsiresepi.com

  • Kulit dan kepala udang jangan dibuang. Bahagian-bahagian itu boleh dimasukkan dalam sambal. Ia akan menjadikan rasanya lebih sedap.
  • Untuk memastikan isi udang tu lembut, masak udang hingga separuh masak terlebih dahulu. Lepas tu keluarkan. Bila sambal hampir masak, baru letak udang balik dalam sambal.
  • Untuk tambah rasa, boleh kisar cili dan udang kering.

4. Cili Boh

Photo Credit: butterkicap.com

  • Sebenarnya kalau boleh, cili boh perlu dielakkan sebab kandungan cukanya. Tapi jika perlu, make sure ia dimasak sampai betul-betul garing dan lebihkan penggunaan gula untuk hilangkan rasa cuka dia.
  • Boleh tambah juga tomato dadu dan belacan masa menyediakan sambal.

5. Saiz Api Masak

Photo Credit: sparqusa.com

  • Api perlu dibiarkan kecil. Tumis rencah sampai naik minyak. Lepas minyak dah panas, baru masukkan gula. Gula itu akan jadi caramelized.
  • Sambal tumis akan nampak gelap dan cantik. Kemudian masukkanlah elemen lain macam air asam, garam dan air. Teruskan masak macam biasa sehingga siap.

Jadi itu lah cara nak tambah rasa pada sambal tumis ikonik rakyat Malaysia. Mungkin ia akan menjadi. Mungkin tidak? Yang penting korang cuba dulu. Entah-entah korang akan discovery resipi baru. Try je dulu!

 

myresipi

Recent Posts

Cara Masak Telur Kukus Lembut Dalam Mangkuk, Penat Balik Kerja Pun Boleh Makan Sedap!

Cara masak telur kukus ini boleh dijadi pilihan hidangan yang sesuai apabila badan terasa letih…

10 hours ago

Pucuk Ubi Masak Lemak Letak ‘Black Fungus’, Gabungan Unik Yang Rupanya Sedap Tak Terkata!

Masak lemak pucuk ubi sesuai dijadikan pilihan untuk menu makan tengah hari atau makan malam.…

11 hours ago

Kek Span Coklat Gebu Guna Spongemix, Ini Resipi Mudah Untuk Loyang 7 Dan 9 Inci!

Nak berjimat tetapi masih mahu menyediakan kek istimewa untuk keluarga? Resipi kek span coklat menggunakan…

14 hours ago

Cara Buat Aiskrim Malaysia Homemade, Hanya Guna 1 Tin Susu Cair & 1 Tin Susu Pekat!

Nak makan aiskrim Malaysia homemade yang manis, berlemak dan menyegarkan? Cara buat aiskrim Malaysia ini…

14 hours ago

Cara Masak Ayam Kurma ‘Extra’ Sedap, Gabung 2 Jenis Rempah Ini Barulah Lain Rasanya!

Nak tahu cara masak ayam kurma yang lebih sedap, harum dan kaya dengan rasa rempah?…

14 hours ago

5 Tips Nasi Lemak Sedap, Rupanya Tak Perlu Tambah Minyak Pun!

Nak nasi lemak yang wangi, lembut dan cukup lemak? Ada beberapa tips nasi lemak sedap…

16 hours ago