Categories: Tips & Petua

5 Tips Melembutkan Daging Dengan Cepat

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-29 05:22:34

Memang tidak dapt dinafikan, menu masakan yang berasaskan daging memang sedap dan menyelerakan. Tetapi kalau tidak dimasak dengan cara yang betul, daging mungkin menjadi liat dan agak sukar untuk dikunyah.

Kredit: Keluarga

Oleh itu, terdapat petua yang boleh digunakan untuk menghasilkan daging yang empuk dan tidak liat. Nak tahu bagaimana? Jom ikuti perkongsian daripada Awatif Osman

 

1. Potong daging lawan urat

Semasa memotong daging, kenal pasti dulu ‘urat’ daging. Kemudian, potongkan lawan arah supaya urat itu terputus. Ini dapat memudahkan daging menjadi empuk.

Kredit: Mommy's Diary of Life

 

2. Rendam bersama bikarbonat

Sapukan daging dengan soda bikarbonat supaya dapat mengurangkan masa untuk menunggu daging menjadi lembut. Bila daging sudah agak lembut, bilaskan dahulu sebelum memasak.

Kredit: Hijab & Heels

 

3. Rebus daging sambil tutup periuk.

Menutup periuk semasa daging sedang dimasak ini membantu untuk mempercepat proses daging menjadi lembut.  Letakkan lesung batu atau apa saja yang berat untuk mengelakkan wap air terkeluar.

Kredit: The Healthy Post.com

 

4.  Rebus bersama kurma

Bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan rasa manis-manis buah dan secara automatik daging pun akan menjadi lembut. Masa memasak bergantung pada paras air dan juga api.

Kredit: Hellodoctor.com

 

5. Rebus bersama nanas

Nanas ini sifatnya memang tajam. Secara saintifiknya, fungsi nanas ini mampu melembutkan daging dan membuat rasa daging pun lebih enak. Bilangan hirisan nanas bergantung pada saiz periuk untuk memasak daging. Kalau guna periuk yang kecil, satu ke dua hirisan nanas pun sudah memadai.

 

Kredit: Dailyrakyat

 

Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!

myresipi

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

8 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

8 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

8 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

8 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

9 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

11 hours ago