5 Tempat Wajib Yang Patut Hantu Cheese Pergi

Siapa je yang tahan tengok cheese cair lagi lagi bila dia ditarik kan? Lagi sedap kalau makan ayam bersalut cheese macam yang pernah viral dulu tu.

Sekarang ni memang dah banyak makanan yang viral sebab letak cheese yang banyak. Haa kepada anda yang memang peminat tegar cheese, anda patut pergi cuba makan di tempat yang kami senaraikan ini!

5 Tempat Wajib Yang Patut Hantu Cheese Pergi

1. Nachoslah

5-Tempat-Wajib-Yang-Patut-Hantu-Cheese-Pergi

Kalau korang pergi Godzilla Nachos ni kan, memang korang akan nampak lah cheese cair yang banyak giler dalam pinggan korang! Satu talam nachos ni boleh kongsi sampai lima orang tau. Haa banyak kan? Best sangat kalau dikongsi beramai-ramai.

Selain itu, Nachos kat sini juga ada macam-macam perisa unik contohnya nachos rendang daging dan nachos ayam masak lemak cili padi. Memang lain daripada yang lain. Anda wajib datang ke sini!

Alamat : Jalan Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat: 5.00petang hingga 1.00 pagi, Sabtu & Ahad: 5.00petang- 2.00 pagi.

2. Outdark

5-Tempat-Wajib-Yang-Patut-Hantu-Cheese-Pergi

Kalau korang pergi kedai makan korea mesti korang terfikir makan kimchi je kan? Haa tak ya, kalau korang ke Outdark, korang kenalah cuba makan ‘cheese kingdom’ yang dihidangkan panas-panas bersama nasi rumpai laut, kentang lenyek, nanas, ayam tanpa tulang serta limpahan keju mozarella dan cheddar. Lagi best, pelayan kat sini akan membuat demonstrasi cara untuk makan hidangan ini dengan betul, terutamanya bagi ‘newbie’.

Alamat : Outdark, B-G-10 Bellamy, Plaza Arkadia, No. 3 Intisari Perdana, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 5 petang hingga 10 malam, manakala setiap Jumaat hingga Ahad dan cuti umum pula dari pukul 12 tengah hari hingga 11 malam.

3. Restoran RSMY

5-Tempat-Wajib-Yang-Patut-Hantu-Cheese-Pergi

Restoran ini memang dah cukup viral dekat KL. Jaranglah kalau datang kat sini tak beratur. Tapi anda jangan risau sebab penantian anda tentunya berbaloi sebab cheese nan yang anda akan dapat nanti memang sedap dan semestinya penuh dengan keju. Lembut di dalam dan rangup di luar. Haa tambah pula dengan kuah dal dan kari yang cukup power kat restoran ni, memang confirm tambah lagi! Kalau korang nak sambut birthday korang pun boleh tau, request je kek birthday kat dorang nanti diorang akan sajikan anda dengan roti nan cheese yang menyerupai kek!

Alamat : D-72A, Plaza Usahawan, Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Isnin hingga Khamis: 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, Jumaat : 11.00 pagi hingga 1.00 pagi Sabtu : 4.00 petang hingga 1.00 pagi Ahad dan Cuti Umum : 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

4. Restoran Cheese Banjir Desa Pandan

5-Tempat-Wajib-Yang-Patut-Hantu-Cheese-Pergi

Kalau dah nama pun chesse banjir kan, memang tak sah la kalau anda tak cuba makan cheese di sini. Ramai orang menggemari Lamb Grill The Hulk Cheese Banjir dorang. Cheese cair yang disiram di atasnya memang akan melangkapkan lagi rasa lazat Lamb Grill. Selain itu, cheese juga akan diletak di dalam daging supaya setiap gigitan tidak akan terlepas rasa lemak cheese tu. Memang sedap, anda patut cuba makan di sini!

Alamat : Lot 19, G-Village, Jalan 1.76, Desa Pandan, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Setiap Hari 10.00 pagi hingga 10.30 malam

5. The Pisang Cheese

5-Tempat-Wajib-Yang-Patut-Hantu-Cheese-Pergi

Pisang goreng panas-panas memang sedap kan tapi lagi sedap kalau di tambah dengan cheese parut. Perghh! Dekat sini bukan saja pisang cheese, topping lain pun ada. Boleh campur-campur. Antara yang bestseller termasuk salted caramel, coklat dan green tea.

Alamat : Restaurant Jamal Mohamad, SS5A/9, Kelana Jaya,  47301 Selangor

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat : 10.00 pagi hinga 5.30 petang, Sabtu dan Ahad : 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kepada penggemar cheese, anda tunggu apa lagi? Jom la serbu kedai-kedai cheese yang sedap ni!

Sumber: Saji.my

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN