Kedah merupakan sebuah negeri Jelapang Padi dan sangat terkenal dengan sup utara, masakan gulai dan yang paling famous tentulah laksa utara mereka. Walaupun Langkawi merupakan tempat pelancongan yang sering dikunjungi orang ramai, tetapi ramai juga yang tidak tahu bahawa di sini terdapat banyak kedai makan yang best untuk anda cuba. Di dalam artikel ini kami sediakan 5 Restoran Seafood Di Langkawi Yang Patut Anda Cuba.
1. Wonderland Food Store
Restoran ini memang popular dan sentiasa penuh dengan pelanggan. Restoran ini terkenal kerana lokasinya yang menarik untuk makan seafood. Harganya pula sangatlah berpatutan dengan kuakiti makanan yang disajikan. Menurut review yang diberikan oleh pelanggan disini, makanan yang dihidangkan sangatlah sedap sampai ada yang sanggup datang berulang-kali. Antara menu yang mendapat temoat di hati pelanggan ialah Udang Kam Heong, Salted Egg Yolk Squid dan banyak lagi.
Alamat: 180, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi
Waktu Beroperasi: Setiap hari (6pm – 11pm)
2. Kuah Town Seafood
Restoran ini menyediakan hidangan laut dengan campuran gaya masakan Cina. Tapi kepada orang Islam anda jangan risau sebab restoran ini dijamin halal dan anda akan mendapati ramai pelanggan muslim makan di sini. Kuah Town Seafood memang terkenal dengan masakan, harga, kebersihan, keselesaan dan layanan mesra pekerja-pekerjanya. Restoran ini sangat sesuai bagi mereka yang datang bersama rakan-rakan atau bersama-sama keluarga dan anak-anak.
Alamat: 33, Persiaran Dayang, Kuah, 07000 Langkawi
Waktu Beroperasi: Setiap hari (12pm – 3pm, 6pm – 11pm)
3. Tanjung Tirai View Café
Masakan di restoran ini sangatlah sedap dan harganya juga murah. Itulah sebab kenapa orang ramai suka makan di Tanjung Tirai View Café ini. Yang bestnya, kalau anda keliru nak makan apa, pelayan mereka boleh mengesyorkan hidangan terbaik untuk anda. Selain itu, restoran ini juga terletak di tepi laut. Jadi, pemandangannya sangat cantik terutamanya pada waktu senja. Tambahan pula ia dibuka lewat petang sehingga tengah malam. Jadi, ramai yang datang makan sambil melihat matahari terbenam.
Alamat: GF11 & GF12, Kompleks Jeti Pelancongan Kuah, 07000 Langkawi
Waktu Beroperasi: Setiap hari (5pm – 12am)
4. Medan Selera Nelayan Bukit Malut
Di Medan Selera Nelayan Bukit Malut ini ada menyajikan berbagai jenis gerai yang menyediakan makanan laut yang segar-segar tau. Bukan sahaja segar, malah ada beraneka jenis yang boleh anda ambil. Cara masakan juga boleh dipilih, sangat menarik!
Alamat: Bukit Malut, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Beroperasi: Setiap hari (6pm – 12am)
5. Restoran Telaga Seafood
Haa restoran ni memang popular sangat lah dekat Pantai Chenang. Makanan seafood di sini pun sangat fresh dan murah. Ramai pelancong luar akan cuba makan di sini kerana suasana restorannya yang selesa dan lokasinya yang strategik. Anda patut cuba makan di restoran ini tau!
Alamat: Telaga Seafood Restaurant, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Beroperasi: Setiap hari (4pm – 12am)
Sumber: Saji.my