Jika anda ke Damansara, mesti anda rasa susah kan nak cari restoran murah dan sedap. Sebenarnya, ada banyak restoran menarik di Damansara yang patut anda cuba! Di laman sosial Twitter, seorang pengguna bernama @MimieYuzi telah berkongsi beberapa tempat makan yang murah, sedap dan berbaloi di kawasan ini. Antara restoran yang dikongsinya ialah:
Restoran The Food Boss ini terletak bersebelahan The Soru. Restoran ini menyajikan makanan yang sedap dan murah. Antara menu yang disediakan oleh restoran ini adalah makanan local dan makanan western. Jadi di restoran ini, anda dapat merasai banyak jenis makanan dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.
Restoran ini terletak berhampiran Sunway Giza. Kalau anda suka makan makanan seafood, haaa, inilah tempat makan yang harus harus anda cuba. Antara makanan yang menjadi pilihan oranfg ramai adalah Chili crab dan butter chicken, memang padu rasanya.
Mum’s Place adalah sebuah restoran yang meinspirasikan menunya dari masakan seorang Ibu. Restoran ini menghidangkan gabungan masakan Melayu, Portugis, Cina, Nyonya dan India. Suasana restoran ini sangat luas dan selesa, ia amat sesuai kepada anda yang mahu makan besar bersama rakan-rakan atau keluarga. Antara menu yang digemari pelanggan ialah sambal petai cencaru, sambal sotong, kari, pudding sago dan banyak lagi. Dan yang paling penting, kepada orang beragama Islam anda tidak perlu risau kerana restoran ini mempunyai status Halal.
Kepada penggemar makanan cina, inilah tempat yang sedap dan murah yang patut anda cuba kerana anda juga akan dapat free flow air haa best kan. Malah, mee tarik mereka juga memang dijamin sedap!
Restoran Makan Time ini diinsparikan dari gaya retro. Sangat sesuai untuk anak-anak muda untuk melepak bersama rakan-rakan. Ramai juga yang sering datang untuk bersarapan di sini kerana di restoran ini ada banyak masakan tempatan yang terdiri daripada aneka mi seperti mi rebus dan aneka nasi seperti nasi lemak dan nasi kerabu.
Sumber: @MimieYuzi
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…