Mi kari sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Yang paling penting dalam hidangan mi kari adalah kuahnya. Tapi kat kedai susah nak jumpa mi kari yang sedap sesuai dengan selera.
Cikgu Afy AL Habibi ada berkongsikan cara membuat kuah mi kari yang sedap ‘meletup’. Confirm hirup kuah sampai licin katanya.
Buat sendiri baru puas hati, boleh sesuaikan rasa kuah mi kari mengikut selera-masing-masing.
1. Kisar semua bahan sehingga lumat. *sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti.
2. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
3. Untuk penyediaan campuran rempah:
Masukkan rempah campuran tadi ke dalam periuk.
4. Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. Tak perlu larutkan rempah kering tadi dengan air. Guna api paling perlahan sahaja.
5. Kacau sehingga terbit minyak supaya keluar aroma wangi rempah semasa ditumis.
6. Masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa.
7. Masukkan perasa peringkat pertama: 1 keping bulat nisse@gula melaka, 1/3 sudu besar garam dan secubit dua serbuk perisa.
Tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak dalam 7-8 minit.
8. Bila dah jadi lapisan berminyak macam ni sudah dikira pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang)
9. Tutup semula periuk.
10. Selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.
11. Masukkan pula 3 cawan santan. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)
12. Perasakan kuah peringkat kedua; Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.
13. Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
14. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan; tauhu pok (dibelah 4), fishcake, fishball goreng.
15. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
16. Bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa:
Selamat mencuba!
Kredit: Afy AL Habibi
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…