5-restoran-murah-dan-sedap-di-damansara-yang-patut-anda-cuba

Jika anda ke Damansara, mesti anda rasa susah kan nak cari restoran murah dan sedap. Sebenarnya, ada banyak restoran menarik di Damansara yang patut anda cuba! Di laman sosial Twitter, seorang pengguna bernama @MimieYuzi telah berkongsi beberapa tempat makan yang murah, sedap dan berbaloi di kawasan ini. Antara restoran yang dikongsinya ialah:

1. The Food Boss

5-restoran-murah-dan-sedap-di-damamsara-yang-patut-anda-cuba

Restoran The Food Boss ini terletak bersebelahan The Soru. Restoran ini menyajikan makanan yang sedap dan murah. Antara menu yang disediakan oleh restoran ini adalah makanan local dan makanan western. Jadi di restoran ini, anda dapat merasai banyak jenis makanan dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.

Alamat: The Strand, 37, Jalan PJU 5/20a, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (12PM – 12AM)

Makanan di restoran ini dijamin murah dan sedap

2. Restoran Chili Crab

5-restoran-murah-dan-sedap-di-damansara-yang-patut-anda-cuba

Restoran ini terletak berhampiran Sunway Giza. Kalau anda suka makan makanan seafood, haaa, inilah tempat makan yang harus harus anda cuba. Antara makanan yang menjadi pilihan oranfg ramai adalah Chili crab dan butter chicken, memang padu rasanya.

Alamat: 26-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap Hari (12PM – 10.20PM)

Antara menu popular di restoran ini

3. Mum’s Place

5-restoran-murah-dan-sedap-di-damansara-yang-patut-anda-cuba

Mum’s Place adalah sebuah restoran yang meinspirasikan menunya dari masakan seorang Ibu. Restoran ini menghidangkan gabungan masakan Melayu, Portugis, Cina, Nyonya dan India. Suasana restoran ini sangat luas dan selesa, ia amat sesuai kepada anda yang mahu makan besar bersama rakan-rakan atau keluarga. Antara menu yang digemari pelanggan ialah sambal petai cencaru, sambal sotong, kari, pudding sago dan banyak lagi. Dan yang paling penting, kepada orang beragama Islam anda tidak perlu risau kerana restoran ini mempunyai status Halal.

Alamat: No. 31-1, 33-1 & 37-1, Jalan PJU 8/5A, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari (11AM – 3PM, 6PM – 10.30PM)

Makanan ‘Ibu’ yang disajikan di restoran ini

4. H.H. Mee, Giant Kota Damansara

5-restoran-murah-dan-sedap-di-damansara-yang-patut-anda-cuba

Kepada penggemar makanan cina, inilah tempat yang sedap dan murah yang patut anda cuba kerana anda juga akan dapat free flow air haa best kan. Malah, mee tarik mereka juga memang dijamin sedap!

Alamat: H. M. Mee Muslim Mee Tarik 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad (10AM – 10PM)

Manu yang paling diminati ramai

5. Makan Time

5-restoran-murah-dan-sedap-di-damansara-yang-patut-anda-cuba

Restoran Makan Time ini diinsparikan dari gaya retro. Sangat sesuai untuk anak-anak muda untuk melepak bersama rakan-rakan. Ramai juga yang sering datang untuk bersarapan di sini kerana di restoran ini ada banyak masakan tempatan yang terdiri daripada aneka mi seperti mi rebus dan aneka nasi seperti nasi lemak dan nasi kerabu.

Alamat: G-63A-G, Jalan Teknologi 3/9, Bistari D’Kota, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8.30AM – 4.30PM)

Nasi kerabu adalah menu yang diminati ramai untuk menu sarapan mereka

Sumber: @MimieYuzi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN