Categories: ResipiTips & Petua

5 Resipi Sambal Homemade Sedap & Petua Tahan Lama Supaya Tidak Berkulat

Kalau dah ‘tekak’ Melayu, memang wajib ada stok sambal belacan di dalam peti ais. Tak lengkap hidangan jika tidak makan bersama sambal. Bukan hanya sambal belacan, ada banyak lagi aneka sambal homemade yang wajib ada dalam peti ais.

Tak susah mana pun kalau nak buat sendiri aneka sambal di rumah. Ikut je resipi oleh cikgu Afy Al Habibi yang sangat mudah cara penyediaannya. Beliau siap berkongsikan petua sambal homemade tahan lebih lama dan tidak berkulat iaitu dengan menggunakan sudu kering dan bersih setiap kali mengambil sambal.

ANEKA RESIPI SAMBAL HOMEMADE SEDAP

1. Resipi Ibu Sambal Kicap Mabeless

1. Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Dua genggam cili padi hijau
  • 8 ulas bawang putih

Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama:

  • Goreng seketika dua bahan di atas.
  • Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.

5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, Tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.

6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama adalah dengan memasukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.

*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*

2. Resipi Sambal Ayam Penyet Mengosek

1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika

  • 20 batang cili merah
  • Segenggam cili padi merah + hijau
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato kecil
  • 2 genggam kecil ikan bilis
  • 1 sudu kecil udang kering
  • 1/2 inci belacan

2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika. Goreng asing cili dengan bahan lain.

3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan. *simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*

4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.

5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.

6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.

Cara simpan: Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer. Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller. Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.

3. Resipi Air Asam Ketagih

1. Sediakan bahan-bahan berikut.

  • 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan

Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.

2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan:

  • 5 biji limau kasturi (Perah jusnya, asingkan biji)
  • 2 biji limau nipis (perah jusnya, asingkan biji)
  • 5 tangkai cili padi hijau
  • 5 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.

4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa. (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)

* Ikut kepekatan yang diingini*

4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.

Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.

4. Resipi Sambal Belacan Menyengat

1. Sediakan bahan-bahan di bawah:

  • Dua genggam cili padi merah + hijau
  • *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
  • *1/4 bawang Holland
  • *1 biji tomato saiz kecil
  • *1 ulas bawang putih
  • *2 inci belacan

(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)

2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan:

  • 3 sudu besar cuka
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • Secubit dua ajino
  • Sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)

* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*

3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis. Siap!

5. Resipi Sambal Jantan Power

1. Sediakan bahan-bahan di bawah:

  • Dua genggam cili padi merah
  • 2 sudu besar gula
  • 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit) Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
  • 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender (boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka)

2. Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan. Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat

Kredit gambar & resipi: Afy Al Habibi via Viral Muafakat

Nasiha

Recent Posts

Resipi Ayam Goreng Cincang Ala Thai Yang Pedas, Masam & Manis. Confirm Terliur!

Ayam goreng memang kegemaran ramai, kan? Kali ini, jom cuba kelainan dengan mencuba cara buat…

13 mins ago

Roti Nak Expired? Jom Buat Cucur Roti Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Alamak! Roti dah nak tamat tempoh? Jangan buang! Kita boleh 'selamatkan' roti itu dengan mencuba…

3 days ago

10 Serbuk Matcha Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Beli, Barulah Sedap Bancuh Air!

  Serbuk matcha telah menjadi trend popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, ramai yang…

3 days ago

Jenis Mangga Yang Popular Di Malaysia, Orang Kata No. 3 Isi Sedap Dan Manis Leting!

Selalunya kita dengar tentang mangga Harumanis saja, tapi sebenarnya ada banyak lagi jenis mangga terjual…

3 days ago

Bubur Biskut Kapal, Resipi Legend Orang Perak Yang Ramai Tak Tahu!

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, petang-petang mesti mak-mak akan buatkan bubur biskut kapal ini. Rasanya…

3 days ago

Ayam Kicap Jawa Bersantan, Pembuka Selera Kenyang Sampai Menyandar!

Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas.…

3 days ago