Categories: Infomasi

5 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Menyegarkan & Mudah Dibuat, Wajib Cuba!

Setiap kali nak berbuka puasa, mesti nak minum air yang menyegarkan tekak kan? Setelah seharian menahan dahaga, nikmatnya kalau dapat minum air sejuk-sejuk! Jom cuba 5 resipi air untuk berbuka puasa yang sejuk, menyegarkan dan mudah untuk dibuat ini. Memang puas hati kalau dapat minum berbuka nanti.

5 RESIPI AIR UNTUK BERBUKA PUASA

1. AIR NENAS SODA

Bahan-bahan:

  • 1 tin nenas Hosen
  • 1 1/2 cawan air soda Fn
  • 5 potongan kecil buah nenas

#Tak perlu gula dah sebab air soda, air nenas dah cukup manis.

Cara-cara:

  1. Kisar nenas dengan air soda, lepas tu tapiskan dalam penapis santan. Tujuan dia untuk hilangkan buih nenas. Kacau dengan sudu sambil tapis tu.
  2. Isi dalam jug cantik 1.6 liter ni, isi buah tin dan air sekali, isi ais. Ketuk ais kecil baru sedap.
  3. Siap!

2. AIR TEMBIKAI LEMON LAICI

Bahan-bahan:

  • 1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
  • 1 tin laici
  • 1 botol air lemon houseboom

Cara-cara:

  1. ak gunakan gula sebab dah cukup dah manis dari air-air ni semua.
  2. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
  3. Tambah air laici tin dan boleh letak ais.

3. AIR BANDUNG LAICI CzINCAU

Bahan-bahan:

  • Laici 1 tin
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
  • 3 1/2 sudu makan sirap cap rose
  • 1 sudu makan biji selasih
  • 5-6 biji kurma merah
  • 50-60 gram cincau hitam

Cara-cara:

  1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
  2. Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
  3. Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga letak.

4. AIR KOPI AIS KAW

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan serbuk kopi pilihan
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • Ais

Cara-cara:

  1. Reneh 1/2 cawan air biar mendidih.Tutup api. Ben gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.
  2. Isi 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun. Fuhhh.
  3. Simpan dalam freezer. Sukatan untuk 1.6 liter.

5. AIR LEMON SODA MIXED FRUITS HERBS

Bahan-bahan:

  • 6-8 biji kurma merah
  • 1 sudu makan selasih

Dua benda ni rendam awal dalam 2 jam. Lepas tu toskan dan potong halus memanjang kurma merah.

  • 1 biji lemon besar
  • 1 batang serai kecil diketuk ( boleh ganti dengan daun pudina )
  • 1/2 tin air laici dan laici tin
  • 1/2 tin air nenas dan potongan nenas tin
  • 500 ml air soda
  • 500 ml air sprite

Cara-cara:

  1. Hirisan kan lemon lepas tu buang biji elak dari pahit. Tekan-tekan isi lemon agar jus dia turun.
  2. Masukkan ke dalam bekas air bersama hirisan kurma merah selasih,serai,buah dalam tin dan air soda serta sprite.
  3. Tambahkan ais. Ais sedap diketuk kecil baru lagi bertambah rasa dia.
  4. Kalau dah lepas 1 jam air tu dihidang, buang serai/pudina untuk elakkan terlebih rasa.
  5. Boleh tambah masuk asam boi/hirisan kurma/isi buah oren juga bergantung pada selera.
  6. Kalau tak minum air soda,tambahkan 2 biji lagi lemon tetapi perah untuk dapatkan jus lemon dan kena tambah gula untuk seimbangkan rasa.

Kredit gambar & resipi: Ben Safwan

Baca juga: Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur, Pasti ‘Kenyang’ Sampai Berbuka

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago