biskut raya tanpa bakar

Tak semua rumah ada oven untuk membuat biskut raya, kan? Jangan risau! Dengan resipi biskut raya tanpa bakar ini, anda tetap boleh sediakan kuih raya yang sedap, rangup, dan cantik untuk tetamu.

Hanya dengan beberapa bahan mudah, kreativiti dan sedikit kesabaran, anda boleh hasilkan biskut yang bukan sahaja sedap dimakan, malah nampak menarik di meja makan.

Dari coklat, badam, cornflakes, hingga popia coklat, semuanya boleh disediakan tanpa perlu masuk oven. Jom lihat resipi penuh di bawa.

Baca juga: Resipi Biskut Kelapa Legend Yang Rangup & Mudah Dibuat, Terubat Rasa Dulu-Dulu Yang Dirindui

7 RESIPI BISKUT RAYA TANPA BAKAR

1. Resipi Biskut Nestum Coklat

biskut raya tanpa bakar

Bahan-bahan:

  • 1 cawan nestum (tak perlu bakar, terus guna dari dalam plastik)
  • 1 cawan coklat yang dicairkan (boleh guna coklat coin jenama Beryls)

Cara-cara:

  1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil. Tak perlu campur bahan lain.
  2. Gaulkan nestum dengan coklat cair sehingga sebati.
  3. Tekap adunan ke dalam acuan biskut.
  4. Letakkan dalam peti ais sekejap sehingga coklat keras.
  5. Keluarkan dari acuan dan biskut nestum coklat sudah siap!

Boleh juga dihias dengan coklat warna-warni atau coklat riben jika mahu. Kalau tidak, biskut kosong pun sudah cukup sedap.

Sumber: Suraya Yaacob

2. Resipi Biskut Raya Tanpa Bakar (Makmur)

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 5 cawan
  • Minyak sapi pure GHEE 1 botol kecil
  • Marjerin ½ cawan
  • Gula aising 1 cawan (tak penuh)
  • Susu tepung secukupnya untuk salut biskut
  • Kacang (optional) sedikit untuk hiasan tengah biskut

Cara-cara:

  1. Cairkan marjerin bersama minyak sapi hingga sebati, kemudian biarkan sejuk.
  2. Sangai tepung gandum sehingga rasa ringan dan harum.
  3. Campurkan tepung yang telah disangai dengan gula aising, gaul hingga sebati.
  4. Masukkan minyak dan marjerin sejuk ke dalam tepung, gaul hingga menjadi doh.
  5. Bentuk doh menjadi bulatan kecil. Jika mahu, letakkan kacang yang telah ditumbuk di tengah biskut.
  6. Golekkan bulatan doh ke dalam susu tepung hingga rata.
  7. Susun dalam dulang dan sedia untuk hidang.

Satu adunan boleh menghasilkan lebih kurang 80 biji biskut, bergantung pada saiz bulatan yang dibentuk.

Sumber: Liza Eliz

3. Resipi Biskut Bebola Coklat

Bahan coklat ball:

  • Butter 200 gram
  • Serbuk koko 120 gram
  • Susu pekat 100 gram
  • Biskut Marie 300 gram

Bahan bahagian salutan:

  • Dark chocolate / chocolate compound 200 gram (boleh guna milk chocolate jika suka manis lebih)

Cara-cara:

  1. 1. Sediakan Chocolate Ball: Cairkan butter dengan api perlahan. Setelah cair, tutup api dan masukkan serbuk koko serta susu pekat. Kacau hingga sebati.
  2. Boleh juga gunakan microwave; selepas butter cair, masukkan serbuk koko dan susu pekat, kacau sebati.
  3. Hancurkan biskut Marie. Penting untuk gunakan biskut Marie sahaja supaya rasa lebih kick. Masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam adunan coklat dan gaul rata.
  4. Bentukkan adunan menjadi bulatan menggunakan tangan. Letakkan dalam peti ais selama sejam untuk set.
  5. Buat lubang kecil di tengah biskut menggunakan alat apa sahaja. Masukkan Nutella ke dalam lubang menggunakan piping bag. Setkan semula dalam peti ais selama 10–20 minit.
  6. Sediakan salutan: Cairkan dark chocolate menggunakan teknik double boil atau microwave.
  7. Salutkan biskut dengan coklat cair menggunakan sudu.
  8. Hias ikut kreativiti, contohnya dengan chocolate flakes.
  9. Biarkan coklat kering pada suhu bilik sehingga tidak melekit bila disentuh.

Biskut raya coklat kini sedia untuk dinikmati. Mudah, sedap dan sesuai diletakkan di luar sebagai sajian Raya.

Sumber: Muhammad Ali

4. Resipi Biskut Raya Tanpa Bakar (Cornflakes Madu)

biskut raya tanpa bakar

Bahan-bahan:

  • Buttercup 1 pek (guna separuh sahaja)
  • Cornflakes 500 g
  • Madu 1 cawan
  • Gula pasir 5 sudu teh

Cara-cara:

  1. Masukkan buttercup dan gula dalam kuali, kacau sehingga butter cair dan gula larut.
  2. Masukkan madu dan kacau rata.
  3. Apabila adunan sudah agak menggelegak dan yakin gula telah larut, matikan api.
  4. Masukkan semua cornflakes, gaul rata sehingga cornflakes disaluti adunan dan melekat dengan baik.
  5. Masukkan cornflakes ke dalam cup atau bekas kecil. Jika mahu, boleh taburkan topping seperti kismis atau manik warna-warni.
  6. Biarkan seketika dalam dulang atau bekas selama 10 minit supaya cornflakes melekat dan keras sedikit.

Satu adunan boleh menghasilkan lebih kurang 6 balang. Modal rendah, tapi puas makan!

Sumber: Mohammad Izzat

5. Resipi Coklat Cornflake Peanut Butter

Bahan-bahan:

  • Cornflakes 150 g / 5 cawan
  • Dark chocolate 350 g / 2 cawan (boleh guna milk chocolate, saya guna Beryls)
  • Peanut butter 125 g / setengah cawan
  • Optional: Setengah cawan almond atau kacang cincang

Cara-cara:

  1. Panaskan coklat dan peanut butter menggunakan kaedah double boil sehingga semua bahan cair.
  2. Biarkan sejuk sedikit.
  3. Masukkan cornflakes dan kacang yang telah dikisar, gaul rata.
  4. Sudukan adunan ke dalam paper cup.
  5. Taburkan gula hiasan atau lebihan kacang jika mahu.
  6. Masukkan ke dalam peti ais (bahagian chiller) selama 10 minit.
  7. Keluarkan dari peti ais dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tip:

  • Jangan guna peanut butter yang kasar supaya cornflakes tetap rangup.

Sumber: Azlina Ina Resepi

6. Resipi Badam Coklat

biskut raya tanpa bakar

Bahan-bahan:

  • Coklat Cadbury
  • Kepingan badam

Cara penyediaan:

  1. Bakar badam sehingga rangup.
  2. Cairkan coklat Cadbury menggunakan kaedah double boiler.
  3. Gaulkan badam dengan coklat cair, kemudian susun atas kertas minyak mengikut saiz yang diingini.
  4. Masukkan dalam peti ais sehingga coklat keras.
  5. Siap untuk dinikmati!

Sumber: Zaharah Ramin

7. Resipi Popia Coklat

biskut raya tanpa bakar

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Coklat Beryls (milk compound)
  • Nestum atau badam sangai

Cara-cara:

  1. Potong setiap keping kulit popia kepada 6 bahagian.
  2. Gulung comel-comel, kemudian gunakan “gam” (tepung gandum + air pekat) untuk melekatkan hujung popia.
  3. Biarkan sekejap supaya gulungan rehat dan sedikit keras bagi mengekalkan bentuk bulat popia.
  4. Goreng popia sehingga keperangan dan rangup.
  5. Cairkan coklat Beryls menggunakan kaedah double boil. Celup popia yang telah digoreng ke dalam coklat cair.
  6. Salut dengan nestum atau badam sangai untuk lebih sedap.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara. Untuk rasa lebih sedap, boleh simpan dalam peti ais.

Sumber: Humaira Harith

Baca juga: Resipi Biskut Jejari Oat Sedap Buat Kudapan, Tak Sedar Sebalang Boleh Habis

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN