PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-21 09:17:33

Dengan teknologi yang serba canggih sekarang ni, semua benda jadi lebih mudah dan ekspres. Termasuklah bila masuk bab-bab memasak. Dengan adanya Air Fryer ni, mommy-mommy tak perlu pening fikir dapur kotor bila nak masak. Sebelum itu, jom kita tengok dulu apa fungsi Air Fryer ni.

Apa Fungsi Air Fryer ni sebenarnya?

Kredit: Business Insider

Air Fryer adalah barang perkakas dapur untuk menggoreng makanan tanpa menggunakan minyak, sekaligus menjadikan makanan kita lebih sihat. Bagi korang yang tengah berusaha nak kurangkan makanan yang berminyak, Air Fryer sangatlah membantu korang!

5 Makanan yang Boleh Dimasak

Kalau korang masih tak tahu hidangan apa yang boleh disediakan menggunakan Air Fryer ni, jangan risau! Cubalah masak 5 menu simple ni.

1. Makanan Sejuk Beku

Kredit: Parker Feierbach

Seperti yang kita sedia maklum bahawa menggoreng makanan sejuk beku seperti nugget, kentang goreng, fish n chip dan bebola daging memerlukan kuantiti minyak yang banyak. Jadi kalau nak kurangkan minyak, gunalah Air Fryer. Rangup pulak tu!

2. Kerepek/Keropok

Kredit: ECKITCHENSG

Waktu-waktu lapang dan masa relax depan TV mesti korang terasa nak kudap-kudap jugak kan? Haa, kalau macam tu apa kata korang cuba goreng keropok ikan atau kerepek pisang guna Air Fryer ni. Cuma tunggu je sampai dia betul-betul masak, lepas tu boleh la mengunyah sambil tengok TV!

3. Pastri

Air Fryer juga boleh digunakan untuk membuat kek, roti dan biskut. Contoh macam tart cheese, roti sosej atau kek coklat cip. Apa yang paling penting adalah ikut resepi yang betul dan sesuai dengan air fryer korang.

4. Sayur-Sayuran

Kredit: Emerils.com

Khas untuk korang yang tengah nak diet, gunakan kemudahan ni untuk masak sayur-sayuran. Dah tak ada alasan untuk malas nak diet tau! hihi

5. Makanan Protein

Kredit: Stay Snatched

Haa ni paling best! Makanan protein seperti ayam, ikan dan telur pun boleh dimasak menggunakan Air Fryer. Tak perlu risau terpercik minyak dah kan?

Haa itulah antara makanan yang korang boleh masak guna Air Fryer yang canggih ni! Lepas ni boleh lah mulakan pemakanan yang lebih sihat.

Selamat mencuba dan beramal!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN