Air fryer kini boleh dikatakan sudah menjadi perkakas wajib ada di dapur. Bukan sahaja praktikal, ia juga membuat makanan menjadi lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak.
Meskipun pelbagai jenis makanan boleh dimasak, tetapi ada juga makanan yang tidak boleh dimasak menggunakan air fryer yang perlu anda tahu.
Berikut adalah lima jenis makanan yang tidak boleh dimasak dalam air fryer.
Baca juga: ‘Deep Clean’ Air Fryer, Wanita Ini Kongsi Kaedah Betul Cuci Agar Tak Mudah Rosak
Makanan Yang Perlu Elak Dimasak Guna Air Fryer
1. Bahan adunan, perasa kering
Adunan basah seperti adunan tempura biasanya perlu menggunakan minyak panas untuk mendapatkan kerangupan dengan cepat.
Memandangkan air fryer berfungsi mengedarkan udara panas, ia tidak mempunyai keupayaan untuk memasak makanan rangup seperti yang sepatutnya dimasak menggunakan cara tradisional.
Penggunakan juga akan menghadapi masalah sebahagian daripada adunan itu akan menitis semasa proses memasak.
2. Masak nasi
Sama seperti adunan basah yang memerlukan minyak yang banyak untuk memasaknya dengan sempurna. Begitu juga beras mentah, ia pula memerlukan air untuk memasak dan air fryer tidak direka untuk jenis makanan ini.
Sebaiknya anda memasak nasi menggunakan cara biasa di dalam periuk nasi elektik atau di atas dapur gas kerana ia lebih mudah.
3. Sayur
Sayuran-sayuran hijau seperti bayam, kangkung, sayur sawi dan brokoli sememangya sangat sihat.
Namun begitu, sayur-sayuran hijau segar tidak boleh dimasak dalam air fryer kerana sayur-sayuran ini akan menjadi lembut dan hancur sehingga mampu menyebabkan kandungan nutrinya hilang.
4. Burger
Jangan sesekali memasak burger dan dagingnya dalam air fryer kerana ia akan masak dengan cepat. Keju pun akan cair, bentuk akan menjadi tidak menentu. Pasti tak berselera bila nak makan.
Penyelesaiannya, anda boleh memasak burger di atas kuali tidak melekat. Sebenarnya cara ini lebih mudah dan cepat.
5. Bertih jagung
Bertih jagung juga akan mengembang dan isinya akan meletup ketika panas. Jika dimasak menggunakan air fryer, bertih jagung akan melekat dan tersangkut pada bahagian dalam air fryer. Sebab itu bertih jagung tidak sesuai dimasak dalam air fryer.
Kredit: Says