PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-10-08 04:43:15
Apabila hendak memasak nasi, pasti ada di antara ibu-ibu yang pening memikirkan cara untuk membuang kutu beras. Walaupun sudah menjemur beras di bawah matahari, namun kutu-kutu ini tetap juga membiak. Tambahan lagi, kutu beras ini bukannya sedikit dan ianya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membuangnya satu per satu. Jangan risau, ini ada beberapa tips yang ibu-ibu boleh ikuti. Jom baca!
4 TIPS HILANGKAN KUTU BERAS DENGAN CEPAT
Cili kering ini memang sifatnya panas dan pedih apabila disentuh. Jadi, dengan menggunakan cili kering, ia akan memberikan rasa tidak selesa pada kutu-kutu beras kerana terkena cili kering. Caranya, potongkan cili kering kepada dua dan letakkan ke dalam bekas beras. Namun, jangan lupa untuk menggantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.
Selain mengeluarkan bau-bau harum dan menghilangkan bau hapak beras, kedua-dua daun ini sebenarnya turut memberikan aroma yang tidak menyenangkan pada kutu beras. Caranya, keringkan dahulu daun pandan ini dan kemudian masukkan ke dalam beras anda. Letakkan pada atas permukaan beras dan juga dibawah beras supaya kutu tidak akan mengerumuni beras lagi.
Kutu beras juga cukup tidak suka dengan bau asam keping. Ini bermakna kutu beras akan menjauhi beras sekiranya asam keping diletakkan di dalam bekas beras anda. Letakkan sahaja beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak nyaman.
Mudah saja kan? Selepas ini, ibu-ibu di rumah sudah tidak perlu pening lagi memikirkan kutu beras ini. Semoga bermanfaat!
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…