
Ramai memilih makanan sihat kerana mahu menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup lebih seimbang. Namun, tidak semua makanan yang dilabel sebagai sihat benar-benar rendah gula atau sesuai diambil tanpa kawalan.
Ada beberapa makanan yang nampak berkhasiat kerana mengandungi buah, bijirin penuh atau rendah lemak, tetapi sebenarnya mengandungi gula tambahan yang tinggi. Gula tersembunyi ini sering tidak disedari kerana rasanya tidak semestinya terlalu manis.
Memilih makanan yang sihat bukan sekadar melihat pada label atau imej sesuatu produk. Penting untuk memahami kandungan sebenar makanan tersebut supaya pengambilan gula harian dapat dikawal dengan lebih baik.
Baca juga: Senarai Sayur-Sayuran Yang Tak Boleh Dimakan Mentah, Wajib Masak Dulu Untuk Elak Risiko Kesihatan
1. Yogurt Berperisa

Yogurt sering menjadi pilihan makanan sihat kerana mengandungi probiotik yang baik untuk kesihatan usus. Namun, yogurt berperisa seperti strawberi, mangga atau vanila biasanya mengandungi gula tambahan untuk menghasilkan rasa yang lebih sedap.
Jika mahu pilihan lebih baik, lebih menarik memiilih yogurt asli tanpa gula dan tambah buah segar sebagai pemanis semula jadi.
2. Jus Buah Dalam Botol/Kotak

Buah memang terkenal sebagai makanan yang kaya dengan vitamin dan serat. Namun, jus buah yang diproses bukanlah pilihan sama seperti makan buah segar.
Sesetengah jus buah dalam botol atau kotak mengandungi gula tambahan dan kehilangan sebahagian serat semasa proses penghasilan. Lebih baik ambil buah secara terus untuk mendapatkan manfaat yang lebih lengkap.
3. Granola

Granola sering dianggap sebagai makanan sihat kerana diperbuat daripada oat, kekacang dan bijirin. Ia juga popular sebagai pilihan sarapan atau snek bagi mereka yang menjaga pemakanan.
Namun, banyak produk granola di pasaran ditambah madu, gula atau sirap bagi memberikan rasa manis. Oleh itu, semak kandungan gula sebelum membeli.
4. Bijirin Sarapan

Bijirin sarapan kelihatan seperti pilihan mudah dan berkhasiat, terutama yang dipasarkan dengan label seperti whole grain atau tinggi serat.
Walaupun mengandungi bijirin, sesetengah produk sebenarnya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Pilih bijirin yang rendah gula dan kurang bahan tambahan.
5. Roti Gandum Berperisa

Roti gandum sering dikaitkan dengan pemakanan sihat kerana kandungan seratnya lebih tinggi berbanding roti biasa.
Namun, roti gandum yang mempunyai tambahan seperti coklat, madu atau buah kering mungkin mengandungi gula yang lebih tinggi. Semak label dan pilih roti gandum penuh tanpa tambahan gula.
6. Minuman Kopi Moden

Kopi hitam tanpa gula boleh menjadi pilihan yang lebih baik. Tetapi minuman kopi yang dicampur krimer, sirap perisa, susu pekat atau topping tambahan boleh menyebabkan kandungan gula meningkat.
Minuman yang nampak seperti kopi biasa ini sebenarnya boleh menjadi antara sumber gula tersembunyi dalam pemakanan harian.
7. Susu Berperisa

Susu sering dianggap sebagai minuman berkhasiat kerana mengandungi kalsium dan protein. Namun, susu coklat atau susu berperisa biasanya mempunyai gula tambahan. Untuk pilihan makanan sihat yang lebih baik, pilih susu asli tanpa tambahan perisa atau gula.
8. Buah Kering

Buah kering seperti kismis dan aprikot masih mempunyai nutrien, tetapi kandungan gula semula jadinya menjadi lebih pekat selepas proses pengeringan.
Selain itu, sesetengah produk buah kering turut ditambah gula tambahan. Ambil dalam kuantiti sederhana walaupun ia nampak seperti snek sihat.
9. Sos Salad Rendah Lemak

Salad memang sinonim dengan makanan sihat, tetapi pemilihan sos juga memainkan peranan penting.
Sesetengah sos salad rendah lemak mengandungi lebih banyak gula untuk menggantikan rasa yang hilang akibat pengurangan lemak. Gunakan bahan seperti minyak zaitun atau perahan lemon sebagai alternatif.
10. Bar Protein

Bar protein sering dipilih sebagai snek mudah kerana dianggap sesuai untuk mereka yang aktif dan menjaga kesihatan.
Namun, tidak semua bar protein mempunyai kandungan gula yang rendah. Ada produk yang menggunakan gula tambahan atau sirap sebagai bahan utama untuk meningkatkan rasa.
Sumber: Healthline
Baca juga: Beza Daun Bawang & Daun Kucai, Ini Cara Mudah Kenal Pasti Supaya Tak Tersalah Beli
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














