Bagi anda yang ingin mengetahui apakah khasiat bawang putih, jom baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui apa manfaatnya.
Bawang putih boleh dikatakan bahan yang wajib ada ketika memasak. Bukan saja dapat memberikan aroma terhadap sesuatu masakan, namun ada 10 khasiat bawang putih yang anda perlu tahu.
Bagi anda yang ingin mengetahui apakah khasiat bawang putih, jom baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui apa manfaatnya.
Salah satu kebaikan bawang putih adalah meningkatkan sistem imun badan seseorang malah kajian juga mendapati kandungan asid amino di dalamnya mampu mengurangkan potensi untuk terkena selesema selain mempercepatkan proses pemulihan jika terkena jangkitan itu.
Antara manfaat lain bawang putih adalah dapat mengurangkan kadar kolestrol jahat atau LDL dalam badan manusia sebanyak 10 ke 15 peratus.
Selain mengawal paras kolekstrol, bawang putih mengandungi komponen yang dapat mengawal tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan salah satu faktor utama menyumbang kepada penyakit kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.
Proses penuaan disebabkan oleh radikal bebas akan menyebabkan kerosakkan oksidatif. Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat melindungi badan daripada kerosakan oksidatif tersebut.
Kesan daripada gabungan pengurangan kolesterol dan tekanan darah, serta sifat antioksidan yang terdapat pada bawang putih dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saraf otak seperti Alzheimer dan demensia.
Bukan sahaja membantu untuk mengawal tekanan darah dan paras kolesterol, bawang putih juga terbukti dapat mengawal paras gula dalam darah, khususnya bagi pesakit kencing manis.
Bawang putih merupakan sumber vitamin B6 dan C. Vitamin B6 terlibat dalam proses metabolisma karbohidrat manakala vitamin C pula berperanan bagi mengekalkan paras gula dalam darah.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Jiangsu Provincial Center for Disease Control and Prevention di China, mereka mendapati bahawa individu yang makan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu sepanjang tujuh tahun memiliki risiko 44 peratus lebih rendah untuk terkena kanser seperti paru-paru dan prostat.
Sulfur dalam bawang putih juga didakwa mampu melindungi organ badan daripada rosak akibat keracunan logam seperti timah.
Bawang putih dipercayai dapat mengurangkan kadar keracunan timah dalam darah sebanyak 19 peratus terutamanya kepada pekerja dalam industri berkaitan.
Bawang putih mempunyai antioksida dan antibakteria yang boleh boleh membersihkan kulit anda dengan membunuh bakteria penyebab jerawat.
Satu kajian menunjukkan bahawa, jika anda menggosok bawang putih mentah ke atas jerawat boleh membantu menghilangkannya.
Tetapi ia boleh menyebabkan rasa ‘panas’ terbakar pada kulit. Jadi, sila rujuk dengan pakar dermatologi anda terlebih dahulu sebelum menggunakan bawang putih pada kulit.
Bawang putih dapat membantu pertumbuhan rambut. Ia mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi seperti vitamin B6 dan C, manganese dan selenium. Kesemua vitamin dan mineral ini berperanan bagi mengekalkan kesihatan rambut.
Tambahan pula, sifat antibakteria dan antifungas yang terdapat dalam bawang putih juga menyumbang kepada kesihatan rambut kerana sifat-sifat ini membantu untuk membunuh kuman dan menjadikan kulit kepala lebih sihat.
Minyak bawang putih boleh berfungsi sebagai bahan antiradang. Jika sendi atau otot anda sakit dan meradang, sapu dan gosokkan dengan minyak bawang putih.
Kajian juga mendapati penggunaan minyak bawang putih membantu mencegah kerosakan tulang rawan akibat arthritis.
Sumber: Hello Doktor, Roof Of Science
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…