
Pencuci mulut berasaskan durian memang selalu jadi pilihan wajib bila musim raja buah tiba di Malaysia. Durian bukan saja sedap dimakan begitu sahaja, tapi sebenarnya boleh diolah jadi pelbagai jenis manisan yang menarik dan memikat selera.
Bau dan rasa durian yang lemak berkrim buatkan ia sesuai digabungkan dengan pelbagai bahan seperti santan, krim, coklat dan juga keju. Sebab itu tak pelik kalau banyak pencuci mulut moden sekarang menggunakan durian sebagai bahan utama.
Kalau anda ada lebihan durian di rumah dan tak tahu nak buat apa, senarai idea pencuci mulut ini memang sangat membantu. Mudah, tak renyah dan dijamin buatkan semua orang berebut nak makan.
Baca juga: Jenis-Jenis Durian Yang Sedap Buat Tempoyak, Setiap Satu Ada Rasa Dan Aroma Tersendiri
10 IDEA PENCUCI MULUT GUNA BUAH DURIAN
1. Cucur Durian

Kredit gambar: Hajar Razali
Cekodok durian mempunyai tekstur rangup di luar dan lembut di dalam. Rasa manis serta aroma durian yang harum menjadikannya snek atau pencuci mulut yang cukup digemari ramai.
2. Serawa Durian

Kredit gambar: Siti Zaleha Mohd Mujer
Lebih kurang seperti pengat, tapi versi ini biasanya lebih cair dan sesuai dimakan panas atau sejuk. Lagi sedap kalau makan dengan pulut putih.
3. Durian Crepe

Antara dessert moden paling popular. Kulit crepe lembut diisi dengan krim dan isi durian segar, memang cair di mulut.
4. Aiskrim Durian Homemade

Hanya guna durian, susu, krim dan sedikit gula, anda boleh hasilkan aiskrim durian yang creamy tanpa perlu mesin mahal.
5. Seri Muka Durian

Kredit gambar: Norlela Mahamud
Seri muka durian ialah versi istimewa kuih tradisional yang ramai orang suka. Lapisan pulut yang lembut dipadankan dengan lapisan kastard durian yang lemak, harum dan kaya rasa. Aroma durian yang kuat menjadikan kuih ini lebih istimewa berbanding seri muka biasa.
6. Puding Durian

Kredit gambar: Zura Zul
Puding santan durian mempunyai tekstur lembut dan sejuk, puding durian memang mudah dibuat dan sesuai untuk pencuci mulut selepas makan berat.
7. Cheesecake Durian

Gabungan keju krim dan durian menghasilkan rasa yang sangat unik, Rasa lemak, masam manis dan berkrim dalam satu suapan.
8. Durian Burnt Cheesecake

Gabungan keju krim dan isi durian menghasilkan kek yang creamy, lemak dan kaya rasa. Bahagian atas yang sedikit hangus menambah aroma karamel yang membuatkan pencuci mulut ini lebih istimewa.
9. Bubur Kacang Durian

Kredit gambar: Hasbullah Ahmad
Kalau anda suka bubur kacang hijau, cuba tambah isi durian ke dalam kuahnya. Gabungan kacang hijau yang lembut dengan isi durian yang lemak berkrim menghasilkan rasa yang lebih kaya dan harum.
10. Pulut Durian
Gabungan klasik yang tak pernah gagal. Pulut putih, santan pekat dan isi durian memang kombinasi yang sangat “comfort food”.
Baca juga: Mekyun Kongsi Petua Unik Hilangkan Bau Durian Pada Tangan & Mulut, Lepas Makan Jangan Buang Biji!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














