
Siapa dekat sini peminat tegar durian? Memang nikmat bila dapat makan durian, lebih-lebih lagi jika dapat makan Black Thorn atau Musang King. Namun, satu perkara yang sering membuatkan ramai geram selepas makan durian ialah baunya yang melekat kuat pada tangan dan mulut. Rupanya, ada cara hilangkan bau durian tersebut.
Kadang-kadang, walaupun tangan sudah dicuci berkali-kali dengan sabun, baunya masih tetap melekat. Nak berjumpa dan bercakap dengan orang pun rasa kurang selesa. Jangan risau! Sebenarnya ada petua ringkas yang dikongsikan oleh pempengaruh Mekyun yang boleh anda cuba. Menariknya, petua ini hanya menggunakan biji durian sahaja. Jom lihat bagaimana caranya!
Baca juga: Cara Pilih Durian Yang Sedap Dan Banyak Isi, Ramai Rupanya Masih Buat Silap Nombor 2
1. Cara Hilangkan Bau Durian Pada Tangan

Biasanya, ramai yang terus membuang biji durian selepas habis makan. Selepas ini, jangan buang dahulu! Biji durian sebenarnya boleh digunakan sebagai “sabun semula jadi” untuk membantu menghilangkan bau durian yang melekat pada tangan.
Langkah-langkahnya:
- Ambil satu biji durian yang terakhir (yang dah bersih daripada isi).
- Buka paip air dan gosokkan biji durian tersebut pada tapak tangan dan jari korang.
- Jadikan biji durian itu seperti sabun. Gosok rata pada seluruh bahagian tangan yang terkena durian.
- Bilas dengan air bersih. Hasilnya, bau durian akan hilang dengan berkesan!
2. Petua Lenyapkan Bau Durian Dalam Mulut

Selain pada tangan, bau durian yang tertinggal dalam mulut juga boleh membuatkan kita rasa kurang yakin apabila bercakap dengan orang lain. Jika anda berdepan masalah yang sama, ada petua mudah yang boleh dicuba.
Cara-caranya:
- Kumur mulut dengan air kosong terlebih dahulu untuk membuang sisa durian.
- Ambil biji durian dan masukkan ke dalam mulut (tapi jangan telan!).
- Simpan biji tersebut dalam mulut seketika sambil berkumur.
- Buang biji tersebut dan kumur sekali lagi dengan air kosong.
Peringatan penting: Walaupun petua ini nampak berkesan, sila berhati-hati semasa meletakkan biji durian di dalam mulut. Pastikan biji tersebut tidak tertelan bagi mengelakkan risiko tercekik atau tersangkut.
Selepas ini, jika musim durian tiba, anda boleh menikmati buah kegemaran anda sepuas-puasnya tanpa perlu risau akan masalah bau lagi.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda mempunyai petua peribadi lain yang sering digunakan untuk menghilangkan bau raja buah ini? Sila kongsikan pandangan atau tips anda di ruangan komen di bawah!
Sumber: Mekyun
Baca juga: Resipi Kuih Lapis Durian, Bukan Saja Cantik Dipandang Tapi Setiap Lapisan Lembut & Wangi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














