Categories: Infomasi

10 BENDA ANDA TAK PATUT BUAT DI DAPUR

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-04-02 05:33:00

Dapur ibarat jantung untuk sesebuah rumah sebab di situlah pelbagai jenis juadah disediakan untuk seisi penghuni rumah. Tetapi dapur juga boleh jadi tempat yang berbahaya untuk korang. Takut silap hari bulan nanti korang end up dekat hospital kalau tak hati-hati. 

So, harini kami nak kongsikan 10 benda yang korang tak patut buat dekat dapur.

1. JANGAN TOLAK MAKANAN ATAS PAPAN PEMOTONG GUNA PISAU

Pisau korang boleh jadi tumpul kalau korang selalu buat benda ni. 

2. JANGAN CUBA TANGKAP PISAU YANG TENGAH JATUH

Sebaiknya korang tunggu sampai pisau betul-betul jatuh atas lantai baru ambik. Kalau korang cuba tangkap takut nanti korang cederakan diri sendiri.

3. TAHU BEZA BAKING POWDER & BAKING SODA

Kalau korang nak tahu, dua benda ni berbeza sangat. So, better korang tau apa beza kegunaan kedua-dua bahan sebelum guna. Takut kecewa bila tak dapat desired result yang korang nak.

4. JANGAN GUNA SUDIP BESI DEKAT PAN ANTI LEKAT

Sudip besi boleh calarkan pan anti lekat korang. Tak cantik kan kalau dah calar-calar :( 

5. JANGAN GOSOK MATA LEPAS PEGANG CILI

Cuci tangan dulu lepas pegang cili takut nanti mata pedih macam korang potong bawang pula.

6. KACA PANAS SAMA MACAM KACA SEJUK

Hati hati sebelum pegang barangan kaca sebab kita tak tau sama ada ianya panas atau tak. Nanti melecur pula tangan korang.

7. JANGAN GUNA PAPAN PEMOTONG YANG SAMA KALAU POTONG DAGING & SAYUR

Kalau korang guna papan pemotong yang sama, kemungkinan bakteria dari daging akan masuk dekat sayur. Nanti sakit perut pula. Make sure korang ada papan pemotong khas untuk sayur dan daging.

8. JANGAN LETAK BENDA PANAS DALAM BEKAS KACA TAK TAHAN PANAS

Sama juga macam kalau korang letak benda panas dalam bekas kaca atas permukaan basah. Nanti kaca tu akan pecah. 

9. JANGAN LETAK PERASA TERLAMPAU BANYAK

Terlampau banyak perasa pun tak sedap juga nanti makanan korang.

10. JANGAN BUKA PINTU OVEN KALAU TERBAKAR

Kalau oven korang terbakar dekat dalam, jangan buka pintu oven. Biar je sampai api dia mati sendiri sebab kalau korang buka, takut nanti merebak.

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago