minyak panas

Petua jika terkena minyak panas penting diketahui oleh setiap orang yang selalu berada di dapur, terutama ketika menggoreng ayam, ikan atau makanan yang menggunakan minyak yang banyak. Percikan minyak panas boleh berlaku secara tiba-tiba walaupun kita sudah berhati-hati ketika memasak.

Biasanya ketika menggoreng, minyak akan mudah meletup kecil apabila terkena air daripada bahan makanan. Ayam, ikan, sotong atau sayur yang masih mempunyai kandungan air boleh menyebabkan minyak panas terpercik dan terkena tangan, lengan atau bahagian badan yang terdedah.

Jika terkena minyak panas, perkara pertama yang dilakukan sangat penting kerana ia boleh membantu mengurangkan rasa pedih dan mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk. Elakkan terus menggunakan petua yang tidak diketahui kesahihannya kerana ada yang boleh memudaratkan kulit.

Jadi, mari ketahui langkah yang betul untuk merawat kulit apabila terkena minyak panas ketika memasak.

Baca juga: Petua Sotong Tak Kecut Selepas Masak, Rupanya Kena Buat Satu Langkah Mudah Ini Dulu

APA PERLU BUAT JIKA KULIT TERKENA MINYAK PANAS?

minyak panas

1. Lalukan Bahagian Yang Terkena Minyak Dengan Air Paip

Sebaik sahaja terkena minyak, segera lalukan kawasan tersebut di bawah air paip yang mengalir selama kira-kira 20 minit.

Air yang sejuk membantu menurunkan suhu kulit dan mengurangkan rasa panas serta pedih. Pastikan menggunakan air biasa, bukan air batu atau ais kerana suhu terlalu sejuk boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.

Jika terkena pada tangan ketika sedang menggoreng, cepat-cepat letakkan tangan di bawah aliran air sebelum meneruskan kerja memasak.

2. Jangan Sapukan Minyak, Marjerin Atau Ubat Tradisional Sembarangan

Ramai yang masih mengamalkan petua lama seperti menyapu minyak masak, marjerin atau bahan tertentu apabila terkena minyak panas. Namun, cara ini tidak digalakkan kerana ia boleh memerangkap haba pada kulit dan menyukarkan proses rawatan.

Elakkan juga meletakkan bahan makanan seperti tepung atau ubat yang tidak diketahui kandungannya kerana ia mungkin menyebabkan kulit menjadi lebih iritasi.

3. Jangan Pecahkan Lepuhan Jika Kulit Melecur

Jika kawasan yang terkena minyak mula berair atau timbul lepuhan kecil, jangan pecahkan gelembung tersebut.

Lapisan kulit itu membantu melindungi kawasan yang cedera daripada kuman dan mengurangkan risiko jangkitan. Biarkan ia sembuh secara semula jadi.

4. Tutup Kawasan Melecur Dengan Kain Bersih

Selepas menyejukkan kawasan yang terkena minyak panas, tutup bahagian tersebut menggunakan kain bersih atau balutan yang sesuai.

Ini membantu melindungi kulit daripada terkena kotoran serta mengurangkan geseran yang boleh menyebabkan rasa sakit bertambah.

5. Dapatkan Rawatan Jika Melecur Teruk

Walaupun percikan minyak panas ketika memasak biasanya kecil, ada keadaan yang memerlukan pemeriksaan doktor.

Dapatkan rawatan jika:

  • Kawasan melecur besar atau melibatkan bahagian muka, tangan, sendi atau kemaluan.
  • Kulit kelihatan rosak teruk.
  • Sakit semakin kuat.
  • Berlaku tanda jangkitan seperti bengkak, kemerahan yang merebak atau keluar cecair.

Sumber: BH Online

Baca juga: Tips Sambal Udang Sedap, Rupanya Goreng Udang Dulu Buat Sambal Kekal Pekat & Cantik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN