Masakan kampung.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Batang Keladi

Masakan kampung.

BAHAN-BAHAN

  • 150 g ikan pari masin, dipotong 1.5 inci dan rendam 30 minit
  • 2 pokok keladi minyak
  • 2 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1/2 cawan ikan bilis, direndam*
  • 1/2 cm belacan*(*dikisar halus)
  • 1 camca besar asam jawa, rendam dengan 1/2 cawan air
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Asingkan isi keladi dan batangnya. Bersihkan isi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buang kulit selaputnya. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama 2 keping asam dan sedikit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak. Masukkan batang keladi dan celur bersama-sama isinya tadi selama 1 minit. Angkat dan toskan.
  • Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi, masukkan ikan masin pari dan kacau goreng 1- 2 minit. Tuang air kurang lebih 500 ml sebagai kuahnya (bergantung pada kehendak masing-masing). Biarkan mendidih.
  • Masukkan isi dan batang keladi celur tadi bersama-sama daun kesum dan jus asam jawa. Bila mendidih perasakan dengan garam dan gula. Bolehlah dihidangkan bersama sambal belacan dan lauk-lauk lain sebagai sampingan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN