resipi tomyam

Resipi tomyam yang sedap ini merupakan sup yang berasal dari Thailand. Rasa tomyam yang autentik adalah tomyam wajib seimbangkan rasa pedas, masam dan manis.

Isi tomyam biasa mempunyai potongan kecil ayam yang dipandankan dengan rempah seperti serai, daun limau purut, halia dan cili.

Resipi dikongsikan oleh Puan Kamariah Hashim yang digelar sebagai cikgu melalui laman sesawang Facebook, pasti membuatkan anda kecur air liur!

Jom tengok resipinya.

Baca juga: 6 Port Kedai Tomyam BEST Di Subang Jaya (2024)

RESIPI TOMYAM CARA CIKGU

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 helai daun limau purut
  • 4 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 keratan batang daun ketumbar
  • 3 hiris nipis lengkuas
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya)
  • 1 biji tomato

Cara-cara memasak:

1. Panaskan satu sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali tomato. Tumis sehingga sedikit layu.

3. Tumbuk tomato sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan bahan yang telah ditumis.

4. Sediakan pes dengan mencampurkan perencah asam pedas, tomyam dan Thai Tom-Yum.

5. Masukkan pes yang telah disediakan ke dalam periuk dan kacau sehingga rata.

6. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam periuk dan biarkan ayam separuh masak.

7. Tambahkan 3 gelas air dan sayur pilihan. Sayur yang biasa menjadi pilihan adalah kobis bunga.

8. Untuk memberi kelainan rasa, tambahkan satu senduk sos cili dan perasan asam limau nipis. Sesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.

9. Tambah garam dan gula secukup rasa. Jika suka manis, lebihkan gula.

10. Masukkan sotong apabila kuah sudah mendidih dan biarkan mendidih untuk beberapa minit lagi.

11. Sebelum mematikan api, masukkan udang serta fishball dan tunggu sehingga semuanya masak dengan sempurna.

12. Taburkan daun ketumbar untuk menaikkan lagi rasa tomyam.

13. Hidangkan bersama mee, kuey teow ataupun mihun.

resipi tomyam

Rahsia meningkatkan rasa tomyam ialah menggunakan pes tomyam. Kebiasaannya, pes tomyam yang komersial dihasilkan dengan mengisar semua herba dan rempah, seterusnya digoreng dalam minyak sebelum dibotolkan.

Tomyam yang dihasilkan dengan menggunakan pes akan rasa berbeza berbanding menggunakan herba atau bahan segar.

Selamat mencuba!

Kredit resipi: Puan Kamariah Hashim via Resepi Mudah Simple Sedap

Baca juga: Cara Buat Pes Tomyam Homemade Kaw, Boleh Guna Untuk Aneka Masakan Lain Juga!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN