resipi nasi arab

Kali ini kami ingin berkongsi resipi rempah nasi arab yang boleh buat sendiri dan simpan untuk kegunaan akan datang. Menurut pemilik, rempah mandy lagi sedap dari rempah kabsa.

Buat sendiri di rumah lagi puas hati berbanding beli di kedai, setuju tak?

Bagi anda yang sukar mendapatkan rempah nasi Arab mandy dan kabsa, anda boleh membuatnya sendiri dengan resipi yang kami sertakan di bawah.

Baca juga: Bunga Betik Tumis Pedas, Orang Dulu Memang Pandai Olah Resipi!

RESIPI REMPAH NASI ARAB

Bahan untuk Rempah Mandy:

Rempah ini sesuai untuk memasak 3-4 cawan beras basmati. Jika anda rajin, buat dalam kuantiti yang banyak dan simpan dalam botol atau bekas kedap udara.

Bahan-bahan untuk Dikisar:

  • 15 biji buah pelaga
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 20 biji lada hitam
  • 3 helai daun salam kering
  • 1 sudu besar biji jintan putih
  • 1 sudu besar biji ketumbar

Cara Membuatnya:

1. Goreng semua bahan yang bertanda * tanpa minyak sehingga naik bau.

2. Apabila sudah naik bau, kisar semua bahan sehingga hancur.

3. Kacau rata dan simpan dalam bekas kedap udara.

Serbuk rempah ini boleh juga digunakan dalam semua jenis masakan ala Arab termasuk ayam dan daging.

Bahan untuk Rempah Kabsa:

Jika anda sukar mendapatkan rempah nasi Arab KABSA, anda boleh membuatnya sendiri dengan resepi di bawah.

Bahan-bahan untuk Dikisar:

  • 1 sudu makan bunga cengkih
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 2 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu makan buah pelaga
  • 1/3 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Membuatnya:

1. Goreng semua bahan yang bertanda * tanpa minyak sehingga naik bau.

2. Apabila sudah naik bau, kisar semua bahan sehingga hancur.

3. Satukan dengan serbuk kunyit dan kacau rata.

4. Simpan dalam bekas kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, anda boleh gantikan dengan buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini juga boleh digunakan dalam semua jenis masakan ala Arab termasuk ayam dan daging.

Sumber: Resepi Baru

Baca juga: Nasi Minyak Kampung, Resipi Orang Lama Ini Ternyata Lebih Beraroma

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN