Lempeng 'Seafood' Heinz

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Kami di Heinz percaya makanan hebat adalah hidangan dari rumah. Cipta 'Saat Gembira' dengan Heinz hari ini. Resepi kami ringkas dan istimewa. Penyediaan hanya 15 minit dan empoh memasak cuma 30 minit.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50 ml air
  • ½ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil lada putih
  • 1 sudu besar Heinz Original Mayonnaise
  • Bahan-bahan A:
  • 100g kubis, dicincang halus
  • 2 batang daun bawang, potong memanjang 4cm
  • ½ lobak merah, dikupas dan dicincang
  • 12 ekor udang saiz sederhana, biarkan berkulit
  • 1 ekor sotong segar, potong jalur
  • 2 sudu besar minyak
  • Heinz Original Mayonnaise & Heinz Chilli Sauce untuk menghidang

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kacau adunan sehingga sebati. Masukkan semua bahan-bahan A dan gaul rata.
  2. Panaskan minyak dalam kuali tidak melekat, dan tuangkan campuran adunan, bentukkan menjadi lempeng dan goreng sehingga perang keemasan. Terbalikkan lempeng dengan berhati-hati dan biarkan sehingga masak.
  3. Letakkan sedikit Heinz Original Mayonnaise & Heinz Chilli Sauce ke atas lempeng secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

Leave a comment