Air Kacang Soya

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Jus
Masa Penyediaan: 0 Jam 15 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Air Kacang Soya?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan kacang soya 
  • 1 liter air 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul) 
  • 1 cawan gula pasir

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh kacang soya dan rendamkan selama 7-8 jam. Tuskan. 
  2. Kisarkan kacang soya dengan air dan tapiskan dengan penapis kain. 
  3. Masukkan kacang soya ke dalam periuk bersama daun pandan dan 
    panaskan sehingga mendidih. Padamkan api. 
  4. Masukkan gula dan kacau rata. 
  5. Hidangkan.

Leave a comment