bunga betik tumis pedas

Kadang-kadang bila datang rasa nak makan menu kampung, mesti teringat-ingat bunga betik tumis pedas ni. Rasa pahit pedas yang buatkan rasa sedap tu terangkat!

Pandai mak nenek kita dulu mengolah resipi. Agaknya sekarang, ada lagi ke orang yang makan bunga betik ni? 

Kalau anda tertanya-tanya macam mana rasanya, boleh cuba resipi oleh Siti Zanariah Khalit ini yang dikongsikan melalui laman sosial Facebook.

Resipi ini senang sangat, tak sampai 15 minit pun dah siap. Bak kata mak kita, campak-campak je!

Baca juga: Cara Buat Minyak Dari Kulit Ayam, Wangi & Masak Apa Pun Sedap!

RESIPI BUNGA BETIK TUMIS PEDAS

Bahan-Bahan:

  • Bunga betik
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Ikan bilis
  • Garam dan perasa

Cara Memasak:

1. Bersihkan bunga betik dan celur seketika. Toskan.

2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi, dan ikan bilis. Jumlah bahan boleh disesuaikan mengikut jumlah bunga betik yang ingin dimasak.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi dan pecah minyak.

4. Masukkan garam dan perasa secukupnya mengikut selera.

5. Tambahkan bunga betik yang telah dicelur tadi ke dalam kuali. Gaul hingga sebati dengan rencah.

6. Masak sehingga cukup rasa, kemudian angkat.

Macam mana rasanya? Sedap kan? Rasa pedas yang seimbangkan rasa pahit itu, memang ralit buat meratah.

bunga betik tumis pedas

Sumber: Siti Zanariah Khalit

Baca juga: Nasi Minyak Kampung, Resipi Orang Lama Ini Ternyata Lebih Beraroma

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN