Tak perlu tunggu raya kalau nak masak rendang. Bila-bila teringin boleh saja masak. Kalau nak tukar selera, boleh cuba buat rendang ayam style orang Perak ni pula.
Mudah saja cara membuatnya jika ikut resipi hasil perkongsian oleh Puan Ameera ini. Perkongsiannya itu telah mendapat lebih 50 ribu shares di laman sosial Facebook.
Kalau ada yang nak cuba buat, lihat saja resipi langkah demi langkah di bawah. Selamat mencuba!
1. Cuci bersih 2 ekor ayam.
2. Bahan-bahan kisar:
3. Masukkan semua bahan kisar dalam blender bersama sedikit air.
4. Kisar semua bahan tadi.
5. Letak ayam dalam kuali.
6. Tuang semua bahan kisar tadi.
7. Masukkan 2 sudu makan cili kering yang sudah siap dikisar.
8. Masukkan 3 keping asam keping.
9. Masak selama 20 minit.
10. Bila ayam dah masak begini, perlahankan api sekejap.
11. Masukkan kerisik. Pastikan kerisik tidak berbau hapak, nanti rendang ayam tak sedap.
12. Bila dah gaul sebati, masukkan 2 sudu makan gula.
13. Masukkan juga 1 sudu makan garam.
14. Gaul sebati garam dan gula. Kemudian masukkan santan. (200ml santan kotak atau 2 beg macam dalam gambar)
15. Bila dah nampak sedikit kering, masukkan 2 helai daun limau purut (buang urat tengah).
16. Bila dah gaul sebati, taburkan hirisan daun kunyit yang dihiris nipis.
17. Gaul sebati selama 10 minit menggunakan api perlahan.
18. Siap! Selamat mencuba.
Kredit: Ameera
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…