Memulakan perniagaan kedai makan dan restoran tidak semudah yang disangka kerana ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan.
Selain dari matlamat mahu dapatkan keuntungan yang lumayan, peniaga juga perlu memastikan makanan yang dijual memuaskan hati pelanggan.
Ada peniaga yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mengaut keuntungan tanpa menjaga kualiti makanan yang dijual.
Seperti yang dkongsi oleh seorang pengguna TikTok, @izzahrahimofficial0411 berkongsikan apabila dia telah membeli sebekas sotong celup tepung berharga RM15 tetapi ‘rupa’ makanan tersebut tidak berbabaloi dengan harga.
Apa yang mengelirukan Izzah apabila dia mendapati sotong celup tepung yang dibelinya mempunyai banyak tepung dari sotong. Malah ia juga kelihatan seperti kuih donut.
Apabila dia mengeluarkan sotong dari salutan tepung memang agak mengejutkan. Jelas kelihatan banyak tepung dari sotong.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang menyatakan pernah mengalami situasi yang sama malah berpendapat sotong yang digunakan juga adalah sotong frozen bukan sotong segar.
Netizen juga berharap agar semua peniaga berniaga dengan ikhlas supaya pelanggan berpuas hati dengan makanan yang dijual.
Lihat video penuh:
@izzahrahimofficial0411 Allah la 🤣 donut ko sutong abe kak wey🤣
♬ original sound – M u m y .Y e l l o w 💛 – M u m y .Y e l l o w 💛
Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…
Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…
Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…
Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…