Daging lembu sememangnya digemari oleh kebanyakan warga Malaysia. Tidak kiralah semasa pada musim perayaan mahupun hari-hari kebiasaannya.
Daging lembu boleh dihidangkan dalam pelbagai jenis masakan bukan sahaja bahagian daging lembu. Contohnya sup tulang daging yang cukup digemari.
Bahagian organ lembu juga boleh dimakan seperti perut, ekor, mata dan kaki. Walau bagaimanapun, sesetengah bahagian organ memerlukan kepakaran bagi memastikan kebersihan dan keselamatan sebelum dimasak.
Namun, malang nasib seorang wanita yang difahamkan membeli sup perut untuk dimakan, tapi dia dapati sup tersebut berbau busuk selepas dipanaskan.
Untuk mengikuti dengan lebih lanjut cerita ini, jom ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Annisa Fakrulradzi di Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL.
Beli sup perut dengan harga RM20. Kononnya kedai tu ramai org kata sedap.
Jadi kita pun terliur try lah beli. Beli bungkus nak makan dekat rumah.
Time nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok-tengok ada 2 ketul perut bulat penuh taik.
Call peniaga dia kata tu lemak dalam perut. Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan taik.
Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook itu, ia telah menzahirkan rasa kecewa kepada warga MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL.
“Bungkus dan hantar semula ke peniaga tu..suruh dia makan depan-depan. Bagitahu dia kan sedap dah panaskan pun sup tu,” kata Azila Mohd Kasim.
“Nauzubillahiminzalik. Menganiaya orang betullah,” kata Ummi Yahaya
Itu antara komen-komen yang diutarakan oleh warga kumpulan itu di ruangan komen.
Sumber: Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…