Categories: ArtikelInformasi

Viral Tempat Makan Seafood Di Jalan Alor, Memang Terlajak Sedap

Sebuah restoran yang viral baru baru ini di TikTok telah menarik perhatian ramai kerana portion mkananannya yang besar dan semestinyalah sedap! Jika anda peminat makanan laut, anda memang wajib datang dan try makanan di Boleh Seafood Pot di Jalan Alor.

Sebuah akaun di Twitter @Hunain_ juga ada berkongsi pengalamanya buat pertama kali makan di restoran ini.

Viral Tempat Makan Seafood Di Jalan Alor, Memang Terlajak Sedap:

” Datang Jalan Alor and decided to try dekat “Boleh Seafood Pot”sebab banyak kali lalu tiktok so if korang plan nak pergi boleh baca dulu…”

Tengok sahaja cara hidangan mereka, memang penuh satu meja. Makanan laut di sini seperti sotong, tiram, udang, lobster dan lala memang dijamin masih fresh dan isinya juga besar. Confirm berbaloi lah kalau anda makan di sini.

Selain daripada hotpot, anda juga boleh memesan makanan bergoreng seperti baby crab. Dan untuk pilihan menu utama pula, anda boleh memilih sama ada henda makan bersama nasi atau maggi.

Yang bestnya, anda juga boleh memilih level kepedasan mengikut selera anda tau! Kalau anda jenis tahan dengan makanan pedas, boleh lah pilih level tinggi sikit.

” So aku try this menu yang ni untuk 4-5 makan , dan aku add on baby crab and maggie sebab jemu makan nasik. Lepas tu ambik level 2 kuah dia level 2 dia pun dah pedas weyh ”

“ For taste wise memang kena dengan tekak aku, makan dgn maggie memang best rasa macam makan kerabu tapi dengan penuh seafood. ”

” Untuk try for the first time aku rasa best je..and korang boleh je order set yg kecik sikit tk sampai 100 pun ada ”

” Ramai tanya rating aku, for me aku rasa just oke nak puji melambung pun tak nak kata teruk pun tak but kalau try rasa okay and best je sebenarnya 7.5/10 “

Haa, nampak menarik kan restoran ni? Kalau tak menarik takdelah restoran ini viral kan. Jadi kepada anda yang nak try makan di Boleh Seafood Pot ni, anda digalakkan untuk datang awal kerana takut ramai pula.

Selamat mencuba semua!

Alamat: 69, Jln Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (3PM- 12AM)

Sumber: @Hunain_

Wan N

Recent Posts

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

3 hours ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

5 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

6 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

7 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

7 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

7 hours ago