Project Description

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Ikan Keli Bakar?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Bakar

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Ikan Keli Bakar?

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan keli (Dibersihkan) 
  • 15 biji cili api 
  • 1 kunyit hidup 
  • 1 cawan air
  • (Cili api, kunyit hidup dikisar bersama air)
  • 2 batang serai (Diketuk) 
  • 1 cawan kulit rambai (Dihiris) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Lumurkan ikan keli dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 
    2. Bakar ikan menggunakan pemanggang sehingga masak. 
    3. Masukkan ikan keli, bahan yang dikisar, serai, kulit rambai, dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. 
    4. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau perlahan-lahan supaya tidak pecah minyak. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.