Categories: Resipi

‘Wacky Cake’ Atau Kek Gila – Kek Coklat Bajet Tanpa Telur, Susu & Mentega, Sedap & Moist!

Nak buat kek coklat, tapi tengok telur, susu segar atau mentega macam tak cukup dalam peti sejuk. Jangan risau, anda boleh cuba resipi Wacky Cake, iaitu kek coklat paling jimat.

Wacky Cake juga dikenali sebagai Crazy Cake atau Depression Cake ialah sejenis kek coklat yang unik kerana ia dibuat tanpa menggunakan telur, mentega dan susu sekalipun.

Kek ini sangat popular di luar negara yang asalnya dicipta semasa zaman kemelesetan ekonomi dan peperangan apabila bahan-bahan seperti telur dan susu sukar didapati atau mahal.

Resipi ini dikongsikan oleh Zai Nun Dasuki di Facebook dan paling menarik, tak perlukan mixer pun. Cuma guna sudu dan anak-anak pun boleh tolong buat. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Kukus Gebu Versi Bajet, Satu Adunan Mudah Boleh Buat Banyak Perisa!

RESIPI WACKY CAKE

Bahan-bahan kering:

  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil garam

Bahan-bahan basah:

  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu besar cuka makan (cuka biasa)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil serbuk Nescafe (pilihan)
  • 1 cawan air suam

Cara-cara membuat:

1. Satukan semua bahan kering dalam satu mangkuk besar. Gaul rata guna sudu atau whisk.

2. Masukkan pula bahan basah satu demi satu: minyak, cuka, esen vanilla, air suam dan serbuk Nescafe (jika guna). Kacau sebati sampai adunan licin. Tak perlu pukul lama-lama.

3, Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak atau dilapik kertas. Jika nak buat versi muffin pun boleh, cuma tuang dalam cup kertas.

4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan awal pada suhu 180°C selama lebih kurang 30 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis oven masing-masing.

5. Uji kek dengan cucuk lidi. Jika keluar bersih, tandanya dah masak.

Jika anda sedang mencari resipi mudah untuk minum petang atau jamuan, resipi Wacky Cake ini memang patut dicuba. Cepat, mudah dan pasti hasilnya menjadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Zai Nun Dasuki

Baca juga: Kek Coklat Moist Mini Guna Acuan Lompang, Hasil Comel Lote Dengan Coklat Leleh!

Aimi

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

7 mins ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

1 hour ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

5 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

5 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

6 hours ago