Kepada penggemar sate, ini adalah berita baik untuk anda! Viral di Ipoh sebuah restoran yang menjual sate cheese tau. Tapi yang paling bestnya, isi sate itu sendiri besar-besar belaka, memang puas hati la makan sate di restoran itu kan. Chesse nya juga banyak tak kedekut.
Sebuah akaun di Twitter, @MohKeIpoh ada berkongsi menu yang viral di restoran ini. Selain sate, ada juga mereka menyediakan makanan lain seperti Roti Sate Cheese dan Cheezy Tortilla. Confirm meleleh lah air liur tengok makanan di sini.
” Memang premium betul sate ni. Isi besor-besor. Marinate dengan sos rahsia. Memang puas hati makan. Yang suka makan cheese boleh order Sate Cheese. Bukan senang nak jumpa Sate Cheese ni. Moh cuba orang Ipoh! ”
Wow tengok la tu, meleleh cheese dia! Isi pun gebu. Kalau makan panas-panas ni memang layan. Selain itu, kalau korang nak order makanan lain pun boleh tau.
” Selain sate, ada Roti Sate Cheese & Cheezy Tortilla yang kome kena cuba. Isi dia letak ayam/daging sate gabung dengan cheese tu yang buat menarik ”
Semua makanan di sini nampak menarik kan? Jadi kepada orang Ipoh atau kepada anda yang ada plan nak ke Ipoh, jom la singgah restoran ni! Memang confirm berbaloi.
sumber: @MohKeIpoh
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…