Categories: Resipi

Udang Masak Masala, Sedap Rasa Manis Udang Dan Wangi Rempahnya

Jika ke kedai Nasi Kandar, pastinya Udang Masak Masala antara yang menjadi pilihan lauk untuk disantap. Masala adalah campuran rempah-rempah yang umumnya terdiri daripada rempah-rempah seperti kunyit, jintan, ketumbar, lada, cengkih, kayu manis, dan lain-lain. Rempah-rempah ini dikisar dan dicampur bersama untuk menghasilkan adunan yang kaya dengan rasa dan aroma.

Baca juga: Udang Kering Buat Sendiri, LEBIH Terjamin Kebersihannya

Untuk membuat hidangan ini, udang biasanya dibersihkan dan dikupas, kemudian dimasak dalam kuah masala yang harum baunya.

Kuah masala ini biasanya diperbuat daripada tomato, bawang besar, bawang putih, halia dan pelbagai rempah ratus seperti yang dinyatakan di atas. Hidangan ini boleh dihidangkan bersama nasi, roti naan, atau roti chapati.

Berikut adalah resipi penuh versi Malaysia yang dikongsikan oleh Encik Mohd Rozmie. 


RESIPI UDANG MASAK MASALA

Kalian mesti pernah tengok udang masak masala bila singgah makan di kedai nasi kandar.

Ini adalah menu favorite abang dan isteri jika singgah makan nasi kandar. Memang sedap yaamat rasa kemanisan udang bersama wangi rempahnya.

Cuma yang tak tahan tu harganya. Kadang harganya boleh mencecah RM6 ke RM8 untuk seekor udang. Kali ini abang kongsikan resipinya untuk korang cuba masak sendiri kat rumah nanti.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan rempah: 

  • 2 sudu makan rempah ikan
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 cawan air

Cara-cara memasak:

1. Antara bahan-bahan yang telah disediakan:

  • udang cuci bersih
  • daun ketumbar potong halus
  • cili padi potong kasar
  • tomato potong halus
  • bawang besar potong mayang

(jika suka pedas boleh lebihkan cili padi)

2. Bancuh rempah dengan bahan berikut;

  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 cawan air

3. Panaskan ¾ cawan minyak.

4. Bila minyak sudah panas tumis bawang besar sehingga bawang betul-betul layu. Masakkan ini memang perlukan bawang yang banyak, baru rasa kemanisan masakannya.

5. Pasti bawang sudah layu, masukkan bahan bancuhan rempah. Kacau sebati.

6. Masukkan cili potong.

7. Juga masukkan tomato yang telah dipotong halus. Kacau lagi.

8. Kacau sebati hingga rempah pecah minyak. Kena rajin kacau ya supaya rempah tak hangit.

9. PENTING. Kena masak rempah ini sehingga betul-betul masak. Anggaran dalam 10-15 minit pecah minyak. Kalau rempah tak masak elok memang rasa lain bila makan nanti. Kena rajin kacau ya.

10. Bila rempah sudah betul-betul masak masukkan santan cair.

11. Kacau bagi santan sebati dengan rempah. Perasakan dengan garam secukup rasa. 

12. Bila bahan rempah dah sebati elok, terus masukkan udang yang telah dicuci bersih tadi.

13. Kacau lagi pelan-pelan, biar rempah sebati meresap dalam udang. Masa ni nampak kuah sedikit cair sebab air udang sudah keluar. Masakan ini kuahnya tidak terlalu pekat.

14. Bila udang sudah masak, taburkan daun ketumbar, kacau sekilas dua dah boleh tutup api. Kalau masak terlalu lama pula nanti udang jadi keras. Siap.

Selamat menjamu selera.


Sumber: Mohd Rozmie

Baca juga: Udang Masak Sambal Kerisik, Makan Dengan Nasi Lemak, Nasi Minyak Memang Sedap!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago