Udang kalau digoreng begitu saja pun dah sedap. Apatah lagi jika dimasak udang masak kam heong yang mudah dan lazat ini.
Sebelum ni biasa jumpa orang buat ayam masak kam heong je, kali ini jom gantikan ayam dengan menggunakan udang pula.
Dijamin anak-anak dan suami pasti suka! Satu lauk ni pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Ameera di bawah.
1. Siang udang sehingga betul-betul bersih, sebab ada celahan udang kalau tak bersih udang akan bau. Bahagian kepala udang juga perlu dicuci bersih. Bahagian tengah potong pakai gunting ye. Tarik hitam jalur tu. (Udang ikut la nak pakai udang apa)
2. Bedakkan udang dengan garam kunyit. Masak sekejap saja, jangan lama. Nanti hilang rasa manis tu nanti.
3. Pakai minyak udang tadi saja. Tumis 2 ulas bawang putih dan bawang besar 1 biji.
4. Kemudian masukkan segenggam udang kering yang sudah direndam dengan air panas dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk.
5. Masukkan rempah kari 1 peket. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan air (sukat air guna plastik rempah kari tadi, letak penuh-penuh dalam tu). Tumis sekejap.
7. Taburkan pula daun kari.
8. Masukkan 1 sudu makan kicap manis, sos tiram dan sos cili. Kacau lagi.
9. Campakkan cili padi 3 biji. Kalau suka pedas, lebihkan cili.
10. Masukkan gula.
11. Akhir sekali masukkan udang yang sudah dimasak tadi.
12. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit: Ameera
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…