udang masak kam heong

Udang kalau digoreng begitu saja pun dah sedap. Apatah lagi jika dimasak udang masak kam heong yang mudah dan lazat ini.

Sebelum ni biasa jumpa orang buat ayam masak kam heong je, kali ini jom gantikan ayam dengan menggunakan udang pula.

Dijamin anak-anak dan suami pasti suka! Satu lauk ni pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Ameera di bawah.

Resipi Udang Masak Kam Heong

Bahan-bahan:

  • Udang
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Udang kering segenggam
  • Rempah kari 1 paket
  • Air
  • Daun kari
  • Kicap manis 1 sudu makan
  • Sos tiram 1 sudu makan
  • Sos cili 1 sudu makan
  • Gula 1 sudu makan
  • 3 biji cili padi

Cara-cara memasaknya:

1. Siang udang sehingga betul-betul bersih, sebab ada celahan udang kalau tak bersih udang akan bau. Bahagian kepala udang juga perlu dicuci bersih. Bahagian tengah potong pakai gunting ye. Tarik hitam jalur tu. (Udang ikut la nak pakai udang apa)

udang masak ham keong

2. Bedakkan udang dengan garam kunyit. Masak sekejap saja, jangan lama. Nanti hilang rasa manis tu nanti.

3. Pakai minyak udang tadi saja. Tumis 2 ulas bawang putih dan bawang besar 1 biji.

4. Kemudian masukkan segenggam udang kering yang sudah direndam dengan air panas dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk.

5. Masukkan rempah kari 1 peket. Tumis sehingga pecah minyak.

6. Masukkan air (sukat air guna plastik rempah kari tadi, letak penuh-penuh dalam tu). Tumis sekejap.

7. Taburkan pula daun kari.

8. Masukkan 1 sudu makan kicap manis, sos tiram dan sos cili. Kacau lagi.

9. Campakkan cili padi 3 biji. Kalau suka pedas, lebihkan cili.

10. Masukkan gula.

11. Akhir sekali masukkan udang yang sudah dimasak tadi.

udang masak ham keong

12. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!

udang masak ham keong

Kredit: Ameera

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN