Udang Goreng Minyak Sapi

Resipi Udang Goreng Minyak Sapi bersama kacang gajus ini lebih dikenali sebagai Prawn Ghee Roast dan hidangan khas dari wilayah Mangalore, India.  Ia terkenal dengan rasa yang kaya dan rempah ratus yang lazat.

Hidangan ini biasanya dibuat daripada udang yang dimasak dalam rempah kering serta minyak sapi (Ghee) yang memberikan rasa serta aroma yang tersendiri.

Baca juga: Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran

Cara memasaknya ialah menggoreng rempah kering dalam minyak sapi sehingga naik bau, kemudian goreng semuanya sehingga udang masak dan rempah sebati. Hasilnya adalah hidangan udang yang kaya, enak, pedas dan berlemak.

Udang Goreng Minyak Sapi ini sangat popular di wilayah Mangalore dan sering dihidangkan sebagai hidangan utama atau pembuka selera dalam masakan India Selatan. Rasanya yang unik dan pelbagai rempah ratus menjadikannya hidangan yang sangat dicari di kalangan penggemar makanan India.

Ikuti resipi penuh dari perkongsian Black Smith Kitchen ini. 


RESIPI UDANG GORENG MINYAK SAPI BERSAMA KACANG GAJUS

Udang Goreng Minyak Sapi

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Udang: 15
  • Cili kering: 10-15
  • Kacang gajus: 10
  • Cili merah: 1
  • Minyak sapi: 5 sudu besar
  • Daun kari: 10
  • Bawang merah + Bawang Putih + Haliah: 1 sudu kecil
  • Jintan manis: 1/2 sudu teh
  • Biji sawi: 1/2 sudu teh
  • Kayu manis: 1
  • Kicap pekat: 1 sudu teh
  • Kicap cair: 1 sudu teh
  • Sos tiram: 1 sudu teh
  • Air: 1/2 cawan

Cara-cara memasak:

1. Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar daging lembu dan tunggu sehingga cair dan naik panas.

2. Masukkan buah gajus dan goreng bersama daging lembu sehingga warna menjadi merah dan simpan untuk kegunaan kemudian.

3. Masukkan 3 sudu besar daging lembu ke dalam kuali dan setelah panas masukkan bawang merah, bawang putih, haliah, rempah ratus, daun kari dan cili kering.

4. Jangan masuk sekali gus. Satu persatu memudahkannya. Ok, sekarang masukkan udang dan kacau sehingga udang berubah warna.

5. Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan air dan kacau hingga pekat.

6. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba resipi masakan India ini. Boleh digandingkan bersama Nasi Beriani atau Nasi Minyak. 

Sumber: Facebook Black Smith Kitchen

Baca juga: Udang Creamy Tuscan, Resipi Viral Lebih 13K Shares, Sesuai Untuk Menu Keto Diet

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN